Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Ini Beli 115 Set Happy Meal Dan Jual Dengan Harga RM 15 Setiap Satu Kononnya Demi Kebajikan Tapi Akhirnya Terbongkar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Ini Beli 115 Set Happy Meal Dan Jual Dengan Harga RM 15 Setiap Satu Kononnya Demi Kebajikan Tapi Akhirnya Terbongkar


Setiap kali McDonald’s memperkenalkan mainan baru bersama set Happy Meal, pelanggan pastinya bersedih kerana se setengah individu akan mengambil kesempatan untuk membeli kesemua mainan tersebut dan menjual nya dengan harga yang tinggi.

Inilah yang berlaku ketika McDonald’s mengeluarkan set Happy Meal bersama mainan Hello Sanrio Tea Set yang terbaru pada minggu lepas. Demi mengautkan keuntungan, seorang wanita telah menggunakan alasan untuk menjual kembali mainan yang dibelinya demi tujuan ‘kebajikan’.

Ini apa yang dikongsikan wanita tersebut di laman Facebook:

“Saya ada 25 set mainan McDonald’s Happy Meal yang sedia untuk di berikan. Tidak termasuk dengan mainan.

“Sesiapa yang ada anak kecil di rumah boleh dapatkannya dari saya. Makanan tersebut akan tersedia pada jam 1 petang.”





Dia jelas sekali kelihatan seperti bersungguh- sungguh untuk melakukan kebajikan, tetapi netizen kemudian mendapat tahu yang wanita tersebut sebenarnya menjual mainan berkenaan dengan harga RM15 setiap satu! Sah ada udang di sebalik batu! Harga Happy Meal sebenar pun tak lebih dari RM6.95.

Menurut wanita berkenaan, harga RM15 mainan itu termasuklah dengan caj pos, namun apa yang lebih pelik dia telah menjual kesemua mainan tersebut menggunakan aplikasi Shopee. Shopee tak pernah caj pelanggan dengan kos penghantaran!

Ini semua dalam erti kata lain, wanita itu telah mendapat keuntungan RM8 daripada setiap satu mainan yang dijualnya.


Susulan daripada pembongkaran ini, jelas-jelas ramai netizen menghentam wanita berkenaan yang memborong mainan tersebut dan mendapat keuntungan atas nama kebajikan.Ish, ish, ish!

Taktik wanita ini mudah saja. Pelanggan terpaksa membayar RM15 untuk mendapatkan mainan. Manakala set makanan Happy Meal pula diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Jikalau difikirkan kembali, pelangganlah yang membeli makanan Happy Meal tersebut kepada kanak-kanak susah, manakala dia sebagai orang tengah dengan mudah mendapat keuntungan sepanjang proses itu berjalan. Hmm kebajikanlah sangat kan!

Rata-rata netizen tidak menerima ‘proposal bisnes’ wanita ini dengan mengecamnya sebagai tidak beretika.

“Patutlah semua mainan Happy Meal cepat habis bila saya ke McDonald’s. Kalau betullah awak nak buat kebajikan, semua hasil jualan mainan tersebut patut didermakan kepada anak yatim juga!” kata salah seorang pengguna Facebook.

“Apa yang keliru dan kecoh ni? Pelanggan yang lain pun akan beli Happy Meal juga, simpan mainan itu dan beri makanan itu sendiri kepada orang lain!” kata seorang netizen lagi.

Berikutan komen- komen yang diterima, Yee mempertahankan tindakan nya dengan mengatakan hanya 25 set Happy Meal yang dijual di Shopee tetapi 90 set yang lain tidak dijual di situ, dan dia juga mendakwa telah menanggung kos penghantaran dan tidak mengaut banyak keuntungan.


Dia juga memberitahu yang dia tidak mendapat banyak untung selepas membayar kos penghantaran, kos membungkus mainan dan mencetak borang pesanan.Hmm boleh percaya ke ni?

Apa-apa pun ada berbagai lagi cara untuk buat kebajikan seperti menderma barang- barang keperluan untuk anak yatim. Meskipun begitu, usaha Yee dalam menyampaikan makanan Happy Meal buat anak- anak yatim patut dipuji. Lebih elok kita lihat ia dari sudut positif.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xDxhWE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.