44 Individu Ditangkap Terlibat Judi Haram
Polis Sarawak berjaya memberkas 44 kaki judi menerusi 25 serbuan berasingan yang dijalankan sepanjang minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan yang dijalankan di beberapa daerah itu bertujuan membanteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri ini.
"Seramai 27 yang ditahan terlibat dengan kegiatan judi haram, 10 lagi terlibat dengan permainan loteri haram, manakala tujuh lagi ditangkap kerana bermain sabung ayam. Kesemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 67 tahun termasuk enam warga asing," katanya dalam satu kenyataan tadi.
Mengulas lanjut, Dev memberitahu, hasil serbuan turut merampas beberapa peralatan perjudian dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah hampir RM9,000. Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962," ujarnya lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kFLvSc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment