Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kegembiraan sambut adik baru berujung pilu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kegembiraan sambut adik baru berujung pilu


Kegembiraan sambut adik baru berujung pilu|Shah Alam : Kegembiraan 3 beradik untuk mendapat adik baru bulan 1 ini bertukar duka apabila ibu tersayang bersama kendungan maut akibat dihempap rak kasut di rumahnya

Seorang suri rumah yang mengandung lapan bulan maut dihempap rak kasut di rumahnya di Seksyen 23, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Nor Haslin Harun, 35, dipercayai sedang memeriksa rak kasut yang digantung di bahagian dinding luar rumah.

Suami mangsa, Izrisham Hussin, 36, berkata sebelum ini, Nor Haslin pernah memberitahu keadaan rak kasut itu yang sudah dimakan anai-anai dan kedudukannya yang renggang.

“Selepas makan semalam, Nor Haslin keluar menutup pintu pagar dan saya percaya dia cuba membetulkan rak kasut yang renggang itu.

“Bagaimanapun, rak itu menghempapnya. Ketika kejadian, saya berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Izrisham berkata, dia yakin isterinya itu meninggal dunia di tempat kejadian memandangkan keadaan yang agak parah.

“Saya terus menghubungi hospital kerana melihat bayi yang dikandungkan isteri masih bergerak.

“Bagaimanapun, bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Shah Alam,” katanya.

Nor Haslin meninggalkan tiga anak, iaitu seorang lelaki dan dua perempuan, berusia antara empat hingga sembilan tahun.

Nor Haslin yang berasal dari Negeri Sembilan itu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata siasatan mendapati rak kasut setinggi 2.4 meter itu menghempap kepala mangsa menyebabkan kecederaan parah.

The post Kegembiraan sambut adik baru berujung pilu appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zjGFTb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.