Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik Zurin Jundi Didakwa Lagi Akibat Menipu Pelanggan Sebanyak RM5000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik Zurin Jundi Didakwa Lagi Akibat Menipu Pelanggan Sebanyak RM5000


JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini Ahad atas tuduhan memperdaya pelanggannya menyerahkan wang sebanyak RM5,000 pada Mac lalu.

Tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut kertas pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyatiqah Saidon, 25 dengan menawarkan pakej perkahwinan murah dan mendorong mangsa memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaun bank atas nama tertuduh.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, di sini pada bulan Mac lalu.

Mohd Azlan Shah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, 19 Oktober lalu Zurina dituduh di Mahkamah Majistret Klang, Selangor atas dua dakwaan memperdaya seorang ibu bakal pengantin sehingga membayar wang pendahuluan pakej perkahwinan berjumlah RM7,000 pada Mac dan Jun lalu.

Zurina turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 20 November lalu atas dakwaan memperdaya seorang bakal pengantin untuk menyerahkan deposit sebanyak RM8,500, antara Mac hingga Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya. - Sinar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k5grvF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.