Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis perjelas isu suspek bunuh johor berjaya ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis perjelas isu suspek bunuh johor berjaya ditahan

Polis perjelas isu suspek bunuh johor berjaya ditahan|Polis Johor menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob mengesahkan maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) yang turut dikongsikan di aplikasi sembang adalah tidak tepat memandangkan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, penularan maklumat itu perlu dihentikan supaya tidak mengganggu siasatan pihak polis.

“Maklumat tidak tepat. Kita seru hentikan tular liar yang boleh mengganggu siasatan.

“Isu masih dlm siasatan. Belum ada tangkapan dan kita akan makumkan jika ada perkembangan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Malam semalam, dipercayai empat lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an sehingga mati dalam kejadian tragis pada 7.30 malam.

Sejak pagi ini, satu berita berhubung suspek dalam kes bunuh itu yang sudah berjaya ditangkap tular di FB dan turut mendakwa kes berkenaan sudah selesai.

Azman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

The post Polis perjelas isu suspek bunuh johor berjaya ditahan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oGkGmu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.