Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suri Rumah Didenda RM15,000 Dan Dipenjara Kerana Hina Nabi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suri Rumah Didenda RM15,000 Dan Dipenjara Kerana Hina Nabi


Seorang suri rumah dijatuhi hukuman denda RM15,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina nabi dengan kata-kata kesat di dalam sebuah masjid di sini tahun lalu. 

Majistret Siti Hanum Md. Sah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, Yut Mooi didakwa mengeluarkan kata-kata ‘Nabi Babi’ yang didengari oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53, Mohd. Yunus Harun, 72, dan Mohd. Halim Buyong, 43, dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan.

Perbuatan tersebut dilakukan di ruang solat Masjid Ubaidah, Ulu Kinta dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 4 Mei 2016. Pertuduhan terhadap Yut Mooi dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kduYG1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.