Pemuda rentung terbakar di Spaoh
BETONG: Satu kebakaran memusnahkan sebuah rumah dan mengorbankan seorang pemuda di Kampung Hulu, Spaoh di sini petang semalam.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mangsa kebakaran dikenal pasti sebagai Saiful Johari, 26 tahun yang ditemui rentung di dalam bilik tidur.
Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Betong untuk bedah siasat
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.21 petang.
Jelas Tiong, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi pada jam 5.51 petang didapati sebuah rumah separuh kekal terbakar keseluruhannya.
“Sebaik api dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.50, mayat seorang lelaki ditemui rentung di dalam bilik tidur,” katanya.
Ling Hii berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, mangsa adalah kawan kepada anak pemilik rumah berkenaan yang bertandang ke rumah berkenaan.
Ahli keluarga lain yang terselamat kini menetap sementara di rumah saudara mara. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cx4AgT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment