Hi! Welcome Back and Stay Tune! Update Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Jb Mlm Tadi..Pembunuh Sudah Pun Di Tangkap, Syabas PDRM. Cuba Korang Tengok Muka Dia..Pehhh Kemain Berani Bunuh Orang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Update Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Jb Mlm Tadi..Pembunuh Sudah Pun Di Tangkap, Syabas PDRM. Cuba Korang Tengok Muka Dia..Pehhh Kemain Berani Bunuh Orang


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, mangsa yang berhenti di stesen minyak berkenaan telah didatangi sekumpulan lelaki disyaki empat orang menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB79L.


"Kereta berkenaan menghampiri kereta mangsa dan salah seorang suspek dipercayai keluar dari kereta serta menarik mangsa sebelum dia berjaya menyelamatkan diri.

"Mangsa bergelut dengan salah seorang suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, suspek turut bertindak membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum kesemua mereka melarikan diri.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Dalam pada itu, Mohd Khalil turut memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan sekiranya mempunyai maklumat mengenai kedudukan suspek.

"Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera," katanya.

UPDATE...





✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AOrnV0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.