Petua & Cara Simpan Santan Supaya Pekat, Kekal Segar, Tahan Lebih Lama & Tak Mudah Basi
Dalam masakan harian bagi masyarakat kita di Malaysia sejak dulu lagi kebanyakannya akan menggunakan santan sebagai penambah rasa untuk bermacam jenis masakan seperti gulai, rendang, masak lemak cili padi dan berbagai lagi.
Kegunaan santan segar asli yang diperah dan dimasukkan dalam masakan tertentu pasti akan menyedapkan lagi makanan tersebut berbanding dengan masakan yang menggunakan santan segera yang boleh dibeli di kedai-kedai dan pasar raya yang biasanya dibungkus dalam kotak dan bungkusan plastik.
Walau bagaimanapun, ramai yang selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan santan segar sehingga terpaksa menggunakan santan segera, manakala santan kelapa segar pula tidak boleh disimpan dalam jangka masa panjang kerana tidak tahan lama dan menjadikan santan kelapa itu mudah basi.
Biasanya kita akan menyimpan santan segar ke dalam peti ais sejuk beku untuk mengekalkan kualitinya agar tidak basi. Namun, santan yang disimpan dalam petik sejuk akan menjadikan santan tersebut berketul-ketul dan menyebabkan kualiti kuah masakan tidak secantik mana. Malahan kualiti dan kesedapan sesuatu masakan itu juga mempunyai rasa yang berbeza.
Santan Kelapa
Pasti ramai yang tertanya bagaimana cara buat santan pekat, tahan lama, kekal segar dan tidak basi? Perkongsian dari seorang pengguna Facebook Radhiah Izzati pasti akan menjawab semua pertanyaan anda itu apabila dia kongsikan petua dan cara simpan santan dengan berkesan apabila santan itu tetap pekat, kekal segar dan juga lebih tahan lama walau disimpan dalam peti ais.
BACA : 10 Jenis Makanan Yang Sangat Tidak Sesuai Anda Simpan Di Dalam Peti Ais
Menurut Radhiah, petua menyimpan santan segar tersebut didapatinya daripada seorang peniaga santan di pasar, manakala petua tersebut diberitahu kepada peniaga terbabit daripada seorang peniaga nasi lemak. Hebat! Mulai sekarang, semua ibu dan mereka yang sering berada di dapur boleh menggunakan tips supaya santan tak basi selain tidak lagi membazir.
Cara Simpan Santan Supaya Tahan Lama
Santan kelapa segar lebih baik dari santan segera dalam kotak. |
1. Anda perlu gunakan surat khabar beberapa helai dan basahkan setiap helaiannya.
2. Santan perlu dibungkuskan dengan surat khabar yang telah basah.
3. Santan kelapa yang siap dibungkus perlu disimpan dalam tempat beku dalam peti sejuk.
Hasilnya pasti akan memeranjatkan anda kerana kertas surat khabar yang telah dibasahkan itu akan jadi beku manakala santan yang berada di dalamnya akan tetap beku tetapi fresh, pekat dan tahan lama.
Malahan, santan tersebut tidak akan mempunyai lebihan air yang biasanya kita simpan dalam peti ais, santan berada di bawah dan air berada di atas. Petua dan kaedah ini menjadikan semua santan yang berada dalam bungkusan tetap asli, tak basi dan pekat. Semoga bermanfaat. - koleksiviral.com
Selamat mencuba!
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CwZYaw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment