Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Bahaya Ibu Mengandung Tunjuk Baby Bump, Takut Ada Lelaki Yang Bernafsu” – Farah Abd Halim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Bahaya Ibu Mengandung Tunjuk Baby Bump, Takut Ada Lelaki Yang Bernafsu” – Farah Abd Halim

Sudah lumrah sebagai seorang wanita, apabila ada saja yang menarik perhatiannya ataupun sesuatu yang menggembirakannya, mereka lebih suka meluahkannya berbanding memendam. Apatah lagi apabila sekarang ini serba mudah, ada aplikasi whatsapp, Wechat, mahupun Facebook. Segalanya diluahkan. Bukan sahaja perkara-perkara yang menyedihkan, malah rasa gembira.

Ada dikalangan mereka jadikan akaun Facebook sebagai ‘diari’ harian, segalanya dikongsikan. Sepertinya sudah tiada rahsia lagi. Itu sebenarnya sangat bahaya, kerana yang melihat status anda itu bukan hanya saudara mara, malah orang luar yang kita tidak tahu baik buruknya perangai mereka.

Antara lainnya ialah perkongsian tentang kehamilan. Ada sesetangah ibu sangat suka berkongsi tentang zuriat, malah sehinggakan ada yang sanggup berkongsi gambar baby bump.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Abd Halim telah berkonsgi info yang sangat baik untuk para wanita di luar sana terutamnya yang sedang mengandung supaya berfikir terlebih daulu sebelum berkongsi gambar baby bump di media sosial. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

“Hai, kepada semua yang pregnant tu, tak perlu la post gambar perut korang yang memboyot tu ok. Cuba google apa tu MAESOPHILIA. Sejenis manusia yang bernafsu tengok perempuan-perempuan mengandung / gambar bump korang. Diorang ni ada group di page, whatsapp wechat dan lain-lain lagi.

Siap kumpul gambar-gambar perempuan-perempuan mengandung yang post di media sosial ni. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan baby bump tu, simpan / sorok selagi boleh sebab tu kan aurat juga. Malu kalau orang lain tengok. Mata-mata yang memandang tak sama, dalam akal diorang mcm-macam yang dibayangkan.

Take note la semua, kurangkan / tak perlu update langsung ok. Nasihat pada semua kaum wanita termasuk diri saya sendiri.”

Jangan berkongsi segala maklumat anda di laman sosial, ini kerana anda tidak tahu jika ada yang mahu mengambil kesempatan pada anda. Jangan sesekali berkongsi dimana lokasi anda berada, alamat rumah, berapa orang yang berada dirumah bersama anda, ataupun permasalahan dalam keluarga. Ini kerana ramai yang lebih suka melihat kesedihan kita berbanding kegembiraan.

Sumber: Siakapkeli.my

The post “Bahaya Ibu Mengandung Tunjuk Baby Bump, Takut Ada Lelaki Yang Bernafsu” – Farah Abd Halim appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k2owkO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.