Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda PKR gesa tubuh RCI siasat Maika, anak syarikat MIC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda PKR gesa tubuh RCI siasat Maika, anak syarikat MIC

 | December 15, 2017
Puluhan ribu pemegang saham terdiri daripada masyarakat India tidak mendapat pulangan pelaburan dalam skandal 1980-an itu.
maika_sahan_india_600
PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kehilangan saham Maika Holdings Berhad (Maika Holdings), sebuah anak syarikat MIC yang terpalit dengan skandal melibatkan dana bernilai lebih RM100 juta yang dilaburkan masyarakat India.

Ini kerana ramai pemegang saham syarikat itu tidak mendapat pulangan pelaburan dan kebanyakannya kehilangan wang mereka, kata Exco Pemuda PKR, A Kumaresan.

“RM106 juta daripada hampir 66,400 pemegang saham yang terdiri daripada pekerja ladang dan kumpulan berpendapatan rendah melaburkan wang ke dalam saham ini dengan mengeluarkan simpanan dan mengutip barang kemas keluarga mereka.

“Bagaimanapun, pegangan saham Maika tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan,” kata Kumaresan.
Maika Holdings ditubuhkan pada 1982 oleh presiden ketika itu, Tun Samy Vellu, bagi membolehkan kaum India mendapat bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara dan membantu meningkatkan taraf hidup.

Bagaimanapun, Kumaresan berkata ada pelabur yang muflis kerana tidak dapat membuat bayaran pinjaman di bank untuk membeli saham.
“Kami menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat punca kehilangan saham Maika,” katanya


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ArZJwY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.