Hi! Welcome Back and Stay Tune! Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk


PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Penerima lain ialah Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Shamsulbahri Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.


Turut menerima SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP),Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim dan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz.

Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera antaranya Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Mohd Taha Ibrahim; Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa'wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk, Mohd Aripin Daud.

Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk, seramai 12 individu menerimanya iaituTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari; Timbalan Ketua Pengarah Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Paddy Abd Halim;Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.

Penerima lain ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ab Qahar Osman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar Negeri, Raja Nushirwan Zainal Abidin; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Kementerian Luar Negeri,S Jojie Samuel;Pakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd, Tong Yuw Choy.

Sementara itu, 78 individu pula dianugerahkan DIMP yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim; Ketua Pengarah Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff;Ahli Dewan Negara, Senator Zahari Sarip; Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Profesor Dr Nasehir Khan E M Yahya,

Penerima lain adalah Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Norzuhdy Mohammad Nordin; bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Mohd Zulkifli Mohammed;Pengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd, Farah Zarina Johari Faisal Stephen; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang, Sawalludin Ahmad; Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan Jabatan Penjara Malaysia, Mohd Zawawi Ab Rahim.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.

Sumber: HMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ACiVb8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.