Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia
UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA KETUA POLIS NEGARA
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang baharu sahaja kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.02 petang tadi selepas beliau bertarung selama 17 tahun melawan penyakit kanser.
Pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan yang amat besar khususnya buat Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia. Beliau yang mengambil alih jawatan Pengerusi PERKEP Malaysia pada 4 September lalu merupakan seorang ibu dan pemimpin keluarga PDRM yang amat disegani dan berjiwa kental.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke kampung halaman di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan esok.
Semoga roh Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.
“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikhendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).
Al-Fatihah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zeYfYP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment