Pasangan warga emas dicederakan ketika dirompak, kereta CR-V dilarikan sebelum tersedai di Jalan Serian-Bau — KPD Kuching
KUCHING: Sepasang warga emas menjadi mangsa rompakan di Jalan Manggis off Jalan Mendu di sini semalam, dengan suspek turut mencederakan mereka sebelum melarikan kenderaan jenis Honda CR-V.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 12.55 tengah hari semalam memaklumkan kejadian itu.
“Mangsa yang berusia 72 tahun dan isterinya yang berusia 66 tahun yang tinggal berdua kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.
Kata Abang Ahmad, berikutan keadaan mangsa yang lemah dan trauma, keterangan mereka masih belum dapat diperoleh.
“Kereta milik mangsa yang dilarikan suspek bagaimanapun telah ditemui tersadai di tepi Jalan Serian/Bau dipercayai terbabas.
“Pihak kita telah memohon bantuan anjing pengesan K9 untuk membantu menjejak suspek namun gagal mengesan suspek di lokasi penemuan kereta.
“Suspek dikenali oleh mangsa sebagai rakyat tempatan.
Siasatan katanya, sedang dijalankan dan usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dilakukan.
Kes katanya kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ktXNNL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment