Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maybank Memulakan Ujian Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay – Pelancaran Umum Pada Januari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maybank Memulakan Ujian Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay – Pelancaran Umum Pada Januari

Maybank hari ini telah memulakan ujian untuk perkhidmatan pembayaran nirtunai mereka dinamakan Maybank QRPay. Melaluinya, Maybank menggunakan sokongan pembayaran melalui imbasan kod QR.

Maybank QRPay diintegrasikan terus pada aplikasi Maybank di Android dan iOS – sekaligus memudahkan lagi proses pembayaran. Segala pembayaran ditolak terus daripada akaun Maybank, tanpa perlu membuat tambah-nilai seperti sejumlah perkhidmatan nirtunai yang lain.

Maybank QR Pay

Menggunakan Maybank QRPay, pengguna boleh mengimbas kod QR pada gerai atau kedai menggunakan aplikasi Maybank, dan seterusnya memasukkan nilai yang perlu dibayar ke kedai. Maybank juga dijangka memperkenalkan sokongan QR dinamik yang membolehkan pengguna mengimbas dan nilai dimasukkan secara automatik.

Buat masa ini, Maybank memulakan ujian melibatkan 33 gerai di Laman Menara Maybank. Pengguna umum boleh berkunjung dan mencubanya sendiri di Menara Maybank bermula hari ini sehingga awal Januari 2018 kelak.

Maybank dijangka melancarkan perkhidmatan ini secara terbuka dengan lebih meluas pada Januari 2018 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Blctci

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.