Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri

Manusia semakin lama semakin kejam. Setiap hari ada sahaja kes-kes diluar jangkauan yang melibatkan ahli keluarga sendiri. Jika kes liwat, rogol melibatkan ahli keluarga itu sepertinya sudah biasa didengari.

Begitu juga dengan kes penderaan. Ibu bapa mendera anak, datuk dan nenek mendera cucu, seolah-olah tiada nilainya perhubungan kekeluargaan itu sendiri

Seperti kes yang hendak dikongsikan ini, seorang datuk bertindak kejam kepada cucunya sendiri apabila sanggup membiarkan kemaluan cucunya digigit oleh monyet belaannya hanya kerana berang cucunya mencuri duitnya.

Memetik laporan portal berita Tribunnews, kejadian berlaku di Desa Brambang, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia di mana kes tersebut kini berada di dalam siasatan pihak polis yang kini giat mencari bukti.

Berdasarkan video, kanak-kanak malang itu ditelanjangkan sebelum lelaki tersebut memegang tangannya dan membiarkan monyet peliharaannya mengigiti kemaluan kanak-kanak itu selain beberapa kawasan tubuh badannya sambil berulang-ulang kali meraung meminta maaf dan menahan sakit.

Menurut pihak Polis Kota Pasuruan, AKBP Rizal Martomo, pihak mereka kini belum mengeluarkan laporan siasatan kerana masih menyiasat kejadian ini.

“Kalau memang ditemukan minimal dua alat bukti, maka bukan tidak mungkin statusnya akan dinaikkan. Saat ini, kami sedang melanjutkan pemeriksaan.”

“Kondisi kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan trauma, Kami juga sedang memberikan rawatan kepadanya dan semalam mangsa turut menjalani perubatan dan kita tunggu hasilnya nanti,” jelas Rizal.

Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana untuk mengajar kanak-kanak itu agar tidak menjadi nakal lagi selepas ini.

“Katanya sih dia (terlapor) ingin memberikan pembelajaran(pengajaran) kepada cucunya yang sudah mencuri uangnya Rp 50.000(RM14) tapi, memberikan pelajaran itu tidak harus dengan cara kekerasan seperti itu,” terangnya.

Sekadar diketahui, pemeriksaan itu bermula dari laporan masyarakat yang menyatakan ada datuk yang nekad menganiaya cucunya sendiri menggunakan binatang di mana ada seorang penduduk tempatan merakam aksi itu sebelum memuatnaiknya ke Facebook.

https://youtu.be/sMalYCgy4HI

Kisah ini menjadi bualan ramai selepas sebuah video yang berdurasi kira-kira 6 minit 50 saat menjadi tular di sana dan menimbulkan rasa marah penduduk tempatan.

Sumber: Siakapkeli.my

The post Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CnAfCf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.