‘Aku Mempunyai Jiran Baru Iaitu Seorang Ustazah, Selepas 2 Bulan Tidak Aku Sangka’
Kalau kita dengar sahaja ustazah ataupun ustaz mestilah kita menyangka yang baik-baik sahaja. Alim, mempunyai personaliti yang baik, malangnya tidak semuanya sama seindah mana yang kita sangkakan.
Saya ada sebuah cerita mengenai satu keluarga ini yang mengaku diri mereka ustaz dan ustazah. Nak dipendekkan cerita, mereka ni jiran baru di sebelah rumah saya. Pertama kali mereka melawat rumah kami saya sudah merasa ada yang tidak kena dengan mereka.
Pada hari pertama dia memasuki rumah kami, terus membahasakan dirinya ‘ana’ kononnya dia orang alim-alim. Terus menyatakan ingin membesarkan lagi rumahnya, tidak mahu kecil seperti rumah kami. Seolah-olah mengejek rumah kami yang tidak begitu besar itu. Tapi akhirnya indah khabar dari rupa, cakap je besar, habuk pun takda.
Pada mulanya kami sekeluarga sangat rapat,ayah aku sudah malas nak bergaduh lagi dengan orang walaupun aku tahu ayahku panas baran orangnya.
Semakin lama semakin rapat apabila ayah aku minta tolong dia hantarkan aku sekolah. Kebetulan anak dia juga sekolah sekali dgn aku.Haish sebenarnya aku tidak mahu turun sekolah bersama denga anak dia. Bab sekolah pula, dia hantar aku bukannya free bayar tambang lagi, sudahlah dia minta bayar bapak punya mahal, rm60 untuk seorang, padahal aku dengan anak dia sama satu sekolah. Adik-adik aku yang lain bapak yang hantar.
Bab mengaji lain pulak halnya, kami adik-beradik bapak hantar mengaji dengan dia yang kononnya ustaz tu. Mula-mula tu ok je, banyak jugaklah budak yang mengaji dia. Lama-kelamaan keluar sifat dia yang sebenar menyebabkan ramai yang berhenti belajar ngaji dengan dia.
Yang aku menyampah sangat bila dia puji anak-anak dia pandai mengaji dari kami semua. Dah tu anak pun sama perangai dia, kembang hidunglah. Apa lagi mestilah bangga riak takbur kena puji. Masing-masing belagak.
Pastu perlekehkan kami beradik. Tu perangai anak-anaknya. Perangai bapak dia lagi sakan. Pernah sekali dia ajarkan aku niat mandi hadas yang betul. Lepastu dia cakap “ni baru niat mandi hadas, belum lagi cara-cara nak puaskan suami ketika kita haid” sambil dia senyum dengan aku. Korang bayangkan dia cakap macam tu dengan budak 15 tahun?? Gila! Maccam ustaz ke korang tengok. Lepas tu aku dah takut nak dekat dengan dia, takut nak cakap dengan dia. Nak tengok muka dia lagi aku seram akan tetapi aku diamkan je tak berani nak cakap kat mama ayah aku.
Dah menjadi kebiasaan apabila selesainya mengaji mestilah kita bersalam dengan ustaz mengaji kan. So kami bersalamlah dengan dia, sempat lagi dia menepuk punggung adik aku dahlah depan anak dia buat. (Kami tiga beradik semua perempuan) Lepas dia buat tu sempat lagi di tersengih senyum. Aku tak faham ustaz jenis apa itu mana pergi nilai murni seorang ustaz. Manusia seperti inilah memalukan umat Islam kita.
Lama kelaman dia jadi semakin teruk dia control kami sekeluarga . Dia pernah nampak aku menunggang moto jalan-jalan area taman dan selepas itu sound ayah aku supaya jangan benarkan aku main moto termasuklah juga haritu di sound adik aku jangan main kat luar, duk rumah je mengaji. Sibuk duk jaga anak orang anak sendiri tak di jaga.
Haritu sukahati dia je nak sound ayah aku cakap tak nak ambik aku lagi sebab pernah satu kali tu aku balik lambat sebab aku ada PMR. Sejak haritu aku sanggup tunggu ayah datang pukul 5,lambat pun takpe.
Dia ingat dia siapa, tambang ambik aku ayah bayar, kita orang mengaji pun bayar bukan free.Ayah pula baik sangat dengan family dia orang selalu bawak keluar makan, tapi sekali pun dia tak pernah cakap terima kasih. Mana pergi adap seorang ustaz?? Dahlah haritu dia fitnah mama aku cakap mama aku larang kita orang mengaji dengan dia. Sebenarnya kita orang yang tak tahan mengaji dengan dia.
Lepas tu, ayah aku dah tak harapkan dia lagi. Kami dah tak rapat. Ayah aku pun malas nak layan orang yang kononnya baik tapi pandai ambil kesempatan. Kami dah jarang bertegur.
Sejak dari itu kami selalu berperang mulut dengan mereka, sampai hari tu dia mengungkit aku makan kat rumah mereka. Sampai macam tu sekali, aku tak sangka mereka sebusuk itu hatinya. Kalau aku tau dia mengungkit sampai macam ni, aku rela berlapar tunggu ayah aku balik kerja haritu.
Sejak kejadian itu, ayah aku dah simen kan penuh parking rumah kami. Tak ingin mengadap muka mereka lagi! Tapi Allah lebih sayangkan ayah aku, dia dulu pergi meninggalkan kami semua. Selepas ayah aku meninggal, aku ingatkan dah habis drama orang sebelah rumah ni. Rupanya lagi teruk perangai mereka, dah keluar dah “tanduk”.
Malam tu aku dah dengar bunyi bising depan rumah. Tapi kami abaikan je. Tiba-tiba aku nampak tong sampah kami dah ada nun jauh di depan sana! Aku dah syak ini kerja sapa. Mana ada orang gila lain orang sebelah lah. Aku tarik balik tong sampah masuk rumah. Sabar aku dah sampai hadnya. Mereka ni dah melampau, mengamuk aku bagai dirasuk syaitan!. Apa nak jadi, jadilah! Muncul bapaknya berjalan kaki balik dari surau. Dalam hati, “baguslah, bapak balik dari surau, anak jadi setan kat rumah”.
Bapaknya kata tong sampah kami busuk. Disuruhnya kami simpan tong sampah kat dalam. Angin selalu tolak bau tong sampah tu sampai rumah dia. Bodoh ke ape. Entah-entah gila ka apa orang tu ni? Nama pun tong sampah. Takkan nak bau wangi macam perfume pulak? Pastu hero pun datang lah tendang pagar rumah mereka.
Anak jantan dia warning kami jangan kurang ajar sangat. Mentang-mentanglah kami sekarang ni dah tinggal semua perempuan. Anak dengan bapak sama je cakap besar. Bapak borek anak rintik. Tak cukup dengan anak dia bini dia pulak tepekik depan rumah kami. Yang bagusnya, elok je anak bini nya keluar bising-bising dekat kami, si bapak boleh masuk dalam rumah buat macam tak bersalah. Malaslah nak layan orang gila nanti kita sendiri pun gila.
Nasihat aku janganlah terlalu baik dengan orang, jangan cepat percaya, sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling. Tak semua orang baik, tak semestinya wajahnya alim dia baik, tak semestinya dia macam gangster dia jahat. Don’t judge by it cover.
Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga
The post ‘Aku Mempunyai Jiran Baru Iaitu Seorang Ustazah, Selepas 2 Bulan Tidak Aku Sangka’ appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLZ4X8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment