Langkah Tepat Kumpulan Maybank
Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank sudah memulakan rundingan dengan pihak berkuasa India untuk membuka cawangannya sendiri di negara berkenaaan. Ketika ini, Maybank membuka cawangannya di India menerusi anak syarikatnya, Bank Internasional Indonesia (BII) di Mumbai pada 2013.
BII membuka cawangan pertama di India pada 1995, tetapi memberhentikan operasinya pada 2008 sebelum kembali pada 2013. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Maybank bercadang masuk terus ke India tanpa melalui BII.
Selain Indonesia, Maybank juga mempunyai cawangan luar negara di Singapura, Filipina, Thailand, China, Kemboja, Laos, Myanmar, Hong Kong dan Brunei.
Mustapa berkata, syarikat Malaysia sudah mencapai pelbagai kejayaan di India, termasuk yang pertama membina lebuh raya di India mulai 1996, projek monorel pertama di Mumbai oleh Scomi dan projek perumahan bersepadu pertama di India.
Beliau berkata, India seperti juga China menawarkan potensi besar untuk pelaburan dan perdagangan dua hala. Katanya, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi India akan berkembang purata 7.5 peratus setiap tahun sehingga 2022.
“Ini menjadikan potensi untuk India menjadi ekonomi besar adalah tinggi sama seperti apa yang dilakukan China beberapa tahun lalu sehingga menjadi ekonomi kedua terbesar dunia. Kita perlu menggunakan potensi ini untuk kesejahteraan bersama.
“Ekonomi terbuka diperkenalkan Perdana Menteri Narendra Modi dan pelbagai reformasi mesra pelaburan, termasuk rejim baru cukai GST selain pelbagai dasar pelaburan yang lebih mesra, menjadikannya sesuai untuk melabur di negara berkenaan.
“Hubungan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Modi juga membuka laluan dan melonjakkan hubungan dua hala untuk kepentingan bersama,” katanya pada sidang media dihadiri wartawan Malaysia di sini, semalam.
Mustapa berada di sini menyertai rombongan Najib untuk hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India di sini, esok. Pada 2017, India adalah rakan perdagangan kesembilan terbesar Malaysia, dengan nilai dagangan di antara Januari dan November tahun lalu melepasi AS$13 bilion, dan dijangka mencapai sasaran AS$15 bilion menjelang 2020.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BEp86d
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment