Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk Seri Direman Bantu Siasatan Kes Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk Seri Direman Bantu Siasatan Kes Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang



Seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri direman lima hari bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang. 

Perintah reman bermula hari ini hingga 29 Januari dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abd. Jalil di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, sebentar tadi. Lelaki berusia 62 tahun itu disyaki terbabit terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan projek itu lebih RM305 juta yang dikemukakan kepada kerajaan Pulau Pinang.

Lelaki tersebut ditahan sejurus hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada pukul 2.44 petang, semalam.

Difahamkan, firma kejuruteraan diketuai lelaki tersebut yang beroperasi di Kuala Lumpur sebelum ini dikatakan pernah terbabit dalam pelbagai projek mega termasuk pembinaan sebuah jambatan di Pulau Pinang, terminal bas di ibu negara dan naik taraf sebuah lapangan terbang negeri.

Penahanan Datuk Seri terbabit menjadikan seramai empat individu sudah ditahan SPRM setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kajian yang menelan kos lebih RM305 juta itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BDefSe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.