Tahukah Anda Bagaimana Cara Mencukur Bulu Kemaluan Yang Betul?
Buat yang rajin mencukur bulu ketiak dan bulu Miss V, adakah anda menggunakan alat pencukur yang sama? Jika ya, anda perlu ketahui ini, walaupun alat pencukur sama, hasilnya berbeza. Apalagi Miss V adalah kawasan sensitif di badan kita.
Alat pencukur memang ada pelbagai jenis. Ada yang tajam, dan ada yang jenis elektrik. Rajn-rajinlah mencukur bulu kemaluan dan ikuti petua-petua di bawah ini agar Miss V anda tetap sihat.
1. Jangan mencukur habis bulu kemaluan
Bulu Miss V memang wajib dibersihkan dan dirapikan. Tapi jangan mencukurnya sampai habis. Bulu ini juga memiliki kepentingan untuk kesihatan Miss V. Ini juga melindungi kawasan Miss V yang sensitif bila bergesel dengan seluar dalam.
Bulu cukup sahaja dipendekkan sampai rapi dan bersih. Tidak perlu dengan pencukur, boleh menggunakan gunting yang telah disteril.
2. Persiapan sebelum mencukur
Lembabkan kawasan kulit tumbuh bulu dengan krim pencukur Miss V atau dengan air. Jangan mencukur rambut kemaluan tanpanya kerana boleh menyebabkan iritasi dan luka yang tidak diinginkan.
3. Mencukur dengan betul
Anda harus menggunakan alat pencukur yang tajam. Disarankan yang dilengkapi dengan gel atau yang khusus untuk kemaluan.
Cara mencukurnya adalah pertama duduklah di tempat yang selesa, atau dengan berdiri dengan meletakkan satu kaki di atas tandas contohnya. Tarik kulit di kawasan Miss V dan cukur sesuai dengan arah bulu tumbuh. Jangan melawan arah kerana ini membuatkan bulu baru tumbuh di dalam kulit.
Jangan gunakan alat pencukur yang telah digunakan lebih daripada 3 kali. Jangan mencukur ketika haid kerana ketika itu Miss V lebih sensitif.
4. Cara menghindari kegatalan dan kemerahan
Anda yang mempunyai kulit sensitif dapat menyapukan minyak telur untuk menghindari iritasi. Jika anda kurang yakin, anda boleh bertanya dengan doktor terlebih dahulu. Kerana rasa sakit membuat anda tidak selesa, jadi anda harus lebih berhati-hati.
Akhir sekali, mencukurlah atau merapikan bulu kemaluan 2 minggu sekali atau sesuai keperluan anda. Tapi ingat, jangan mencukur habis ya!
Sumber: Beautynesia
The post Tahukah Anda Bagaimana Cara Mencukur Bulu Kemaluan Yang Betul? appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GwjgQj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment