Boleh Lagi Si Ibu Kata Bagi Peluang Dengan Ayah Tanpa Hiraukan Keadaan Anak Kandungnya Sendiri Di Rogol Dan Di Cabul Selama 5 Tahun
Ayah, adalah lelaki pertama di dalam hidup kita yang bergelar anak perempuan. Dia yang bertanggungjawab menjaga kehormatan maruah kita, keselamatan kita. Di mata kita dia lah hero kita dunia dan akhirat sebelum kita berkahwin, seorang yang kita takuti kerana hormat kita terhadapnya.
Akan tetapi telah macam-macam hal yang berlaku pada zaman sekarang. Ayah yang kita sanjungi, yang kita sayangi telah berubah menjadi seorang kita geruni dan takuti dan pastinya bukan yang kita hormati.
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan 3 berita kes bapa rogol anak atau sumbang mahram. Yang pertama kes bapa durjana rogol dan liwat anak kandung (sejak usia 13 tahun) lebih daripada 600 kali. Yang kedua kes sumbang mahram melibatkan bapa, datuk dan 2 bapa saudara yang merogol kanak-kanak juga berusia 13 tahun. Yang ketiga kes abang merogol adik kandung (13 tahun juga) hingga hamil!.
Menurut kajian Dr Abdul Hadi Zakaria dalam bukunya yang bertajuk “Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia“, terdapat beberapa paten kejadian yang boleh dilihat masyarakat.
Antaranya ialah pemangsa utama jenayah ini biasanya bapa kandung (48.8%) atau bapa tiri (24.4%). Antara pemangsa lain yang boleh melakukan jenayah juga adalah bapa saudara, abang, abang ipar dan datuk.Kejadian seperti ini selalunya terjadi di rumah kediamannya sendiri,tempat berteduh dari kecil lagi. Mangsa selalunya masih muda dan mungkin masih di peringkat remaja. 54.9% mangsa berusia antara 11 hingga 15 tahun.
Kes merogol anak sendiri sering berulang, kerana pemangsa biasanya tinggal serumah dengan mangsa. Mereka banyak takut memberitahu orang di sekelilingnya perkara sebenarnya.
Melayu mendahului carta sumbang mahram dengan kes sebanyak 89%.
Seperti kisah yang di kongsi oleh saudara Syed Azmi, dua beradik sudah 5 tahun menjadi mangsa pelepasan nafsu ayah kandungnya sendiri. Bila mengadu dengan ibunya, aduan mereka tidak di endahkan sama sekali. Bimbang kalau dilaporkan ayah nya boleh dibuang kerja dan tiada siapa boleh menanggung mereka lagi. Alasan paling menyayat hati yang pernah aku dengar, aku hanya terkedu tak dapat kata apa2.
Benda ni start 5 tahun lalu, dia orang mengadu dengan mak, korang tahu mak dia orang boleh tak endah, buat bodo jer. Buat pulak aduan dengan para guru di sekolah,coba nasib mana tahu para giru mahu menolong. Akan tetapi sekali lagi budak-budak ni bernasib malang, para guru takut untuk masuk campur tangan hal tersebut. Akhirnya si ayah ni semakin menjadi-jadi iblisnya,boleh lagi dia buat depan adik beradik 4 orang yang lain, hanya mampu melihat sahaja sebab dah takde perasaan lagi selian lama diperlakukan sebegitu rupa.
“Ayah bagi handphone dia dengan adik, adik main phone ayah,belakang adik ayah rogol dan cabul saya.”
Baru-baru ini setelah masuk sekolah menengah budak perempuan ni telah memberitahu gurunya. Pada cubaan kali ini aduannya membuahkan hasil, guru itu sangat baik. Setelah mendengar aduan pelajar perempuan itu beliau terus menghubungi saya.
Saya memberikan pelajar perempuan itu pregnancy test untuk melihat mana tahu dia hamil. Tapi keputusannya negatif,syukur tidak hamil kalau tidak akan menjejaskan pembelajarannya. Saya terangkan kami semua di sini adalah untuk melindungi awak. Para guru tadi bertanyakan apakah langkah seterusnya, lalu cadangan saya adalah menghubungi 15999, buat laporan polis dan juga buat pemeriksaan kesihatan.
Tapi dia orang takut apa akan terjadi dengan adik-adik lain dengan mak. Kalau ayah tidak bekerja siapa nak menanggung mereka semua. Adik beradik ini masih sayangkan ayahnya cuma tidak mahu ayah berbuat jahat dengan mereka,itu saja. So saya jawablah, siapa nak tegur ayah kalau kita tidak laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.
Si adik pun berfikir,hendak bertanya kepada kakaknya dahulu. Kalau kakaknya membuat laporan dia juga turut serta.
Malangnya si kakak masih berfikir lagi sebab takut nanti kalau ayah kene tangkap dan tidak bekerja siapa mahu menanggung pembelajarannya. Si mak boleh kata lagi bagi peluang kepada ayahnya untuk berubah. Insan yang bernama ibu adalah insan terakhir saya jangkaan berkata seperti itu.
Akhirnya dua adik beradik ini setuju untuk membuat laporan polis terhadap ayah mereka. Finally,kalau bukan sekarang bila lagi mereka menahan seksa batin itu. Yang paling memilukan saya,mereka boleh lagi berkongsi “korang kene tak semalam?” . Ya Allah mereka berkongsi sebegitu rupa kerana telah lama diseksa batinnya oleh ayah kandungnya sendiri.
Jenayah rogol atau pemerkosaan adalah satu daripada bentuk perzinaan malah jenayah ini lebih keji dan jahat. Sedangkan zina yang diharamkan itu,merupakan perlakuan keji dan salah satu daripada dosa – dosa besar dalam Islam. Tidak terdapat satu agama dalam dunia pun yang mengharuskan perbuatan tersebut. Oleh itu, Islam menjatuhkan hukuman yang berat keatas pelakunya, lebih-lebih lagi zina dan rogol adalah jenayah yang merosakan nasab dan keturunan. Islam mengambil berat soal nasab keturunan dan menggolongkannya antaralima Maqasid AsSyari`ah (المقاصدالخمسة ) yang wajib dijaga dan dipelihara. Jenayah ini dijanjikan oleh Allah SWT dengan hukuman berat di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Maka untuk anda di luar sana jika ternampak apa-apa yang mencurigakan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak dan para wanita janganlah takut untuk hubungi pihak berkuasa.
Sumber: Kisahdunia.com
The post Boleh Lagi Si Ibu Kata Bagi Peluang Dengan Ayah Tanpa Hiraukan Keadaan Anak Kandungnya Sendiri Di Rogol Dan Di Cabul Selama 5 Tahun appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUT5Q6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment