Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Pandang Serong Golongan Yang Lambat Berkahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Pandang Serong Golongan Yang Lambat Berkahwin

Setiap insan di muka bumi ini memikir tentang perkahwinan. Memiliki sebuah keluarga dan mempunyai cahaya mata dengan seseorang yang dicintai adalah menjadi idaman setiap orang. Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan? Semua orang dambakan kebahagiaan. Cuma terpulang pada nasib dan cara kita dalam menentukan kebahagiaan itu.

Jodoh ini tidak semuanya sama, mungkin ada yang cepat dan ada juga lambat. Kita sebagai sesama makhluk yang telah Allah ciptakan dengan sebaik-baik yang mungkin ini seharusnya mengunakan kelebihan yang ada pada kita dan gunakan dengan sebaik yang boleh.

Janganlah kita memandang serong kepada orang yang masih belum mendirikan rumahtangga. Ia adalah satu perbuatan yang tidak bagus jika kita meremeh-remehkan mereka. Semua yang terjadi bukan mereka yang tentukan semua tu adalah perancangan dari Allah.

Disini kami berkongsikan luahan dari seorang wanita yang bernama Linda (bukan nama sebenar) apabila dimana sahaja dia pergi, dia sudah pasti akan menjadi mangsa sindiran orang-orang sekelilingnya. Linda ini adalah seorang wanita yang agak berusia sedikit dan masih lagi belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Kata Linda, semua yang terjadi ini bukanlah kehendaknya. Dia juga meminta pendapat dan minta berikan kata-kata semangat untuknya menghadapi permasalahan ini.

Janganlah kita terlalu meninggi diri dan sewenang-wenangnuya kita merendahkan perasaan dan nasib orang lain oleh kerana mereka masih belum berkahwin lagi.

Jodoh dan pertemuan itu semua kehendak dari yang maha Esa. Lambat atau cepat semuanya akan bertemu dengan pasangan yang telah ditakdirkan. Bukanlah dari segi mulia atau hinanya seseorang itu di pandangan Allah SWT. Setiap orang memang tidak menginginkan kejadian lambat berkahwin ini terjadi. Kenyataannya Allah SWT telah mengatur dan menentukan jodoh kepada hamba-hambaNya.

Seandainya anda yang suka memandang rendah terhadap individu yang lambat mendirikan rumahtangga itu seperti anda meremehkan ketentuan Allah SWT. Semua itu Allah Yang tetapkan.

Mungkin seeloknya anda mendekati individu berkenaan dan memberikan kata-kata semangat ataupun memberi bantuan terhadap permasalahan yang sedang dihadapinya. Tapi bagaimanankah caranya?

Kita hendaklah sentiasa mendoakan agar Allah SWT  mempermudahkan jodohnya. Sentiasa diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian yang melanda.

Langkah yang kedua yang perlu kita lakukan adalah, memperkenalkan Taaruf yang memiliki agama yang baik dan terjaga. Seseorang yang sentiasa meletakan amal ibadahnya di tempat yang pertama dari perkara yang lain.

Walaupun jodoh yang datang lambat, itu tidak bermakna ia satu penderitaan yang perlu anda hadapi manakala jodoh yang cepat itu juga tidak menjamin kebahagiaanya. Apa yang penting yang harus kita lakukan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam sebuah perhubungan adalah kepercayaan dan juga kasih sayang yang suci.

Tanda Allah melambatkan jodoh hamba-hambanya yang tertentu disebabkan ingin mengurniakan insan yang lebih baik lagi kepada mereka. Lakukan solat Istikharah untuk mendapatkan petunjuk terhadap jodoh.

Kita seharusnya memberikan golongan-golongan yang lambat berkahwini ini kata-kata yang positif bukannya dengan cara meremehkan mereka. Semua yang terjadi bukanlah mereka yang minta untuk berlaku. Jodoh pertemua semuanya ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang selebihnya kita diserahkan pada yang berhak. Selalulah bersangka baik kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik merancang.

Sumber: Akupenghibur.com

The post Jangan Pandang Serong Golongan Yang Lambat Berkahwin appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GrbtTI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.