Hi! Welcome Back and Stay Tune! Askar Pengawal Tembak Mati Wanita Hamil Lima Bulan Kerana 'Berebut Daging Khinzir'.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Askar Pengawal Tembak Mati Wanita Hamil Lima Bulan Kerana 'Berebut Daging Khinzir'..



CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela menahan askar Pengawal Kebangsaan hujung minggu lalu atas tuduhan menembak seorang wanita berusia 18 tahun yang sedang hamil dalam insiden yang digambarkan media tempatan sebagai ‘pergaduhan yang tercetus kerana kekurangan bekalan daging babi’.


Alexandra Colopoy yang hamil lima bulan, ditembak mati oleh Sarjan Pertama David Rebolledo, menurut satu tweet oleh pendakwa raya negeri pada Ahad. Tiada maklumat lanjut diberikan, tetapi pengkritik kerajaan berhaluan kiri menggelarkan kejadian itu sebagai satu contoh yang jelas kepada krisis ekonomi meruncing yang dialami negara berkenaan.

Image result for Venezuela says soldier arrested for killing pregnant woman in line for pork

Media tempatan melaporkan suami Colopoy dan beberapa orang lagi saksi memberitahu sepasukan askar tiba di kawasan miskin di Caracas itu untuk membeli daging babi, dalam keadaan mabuk.


“Rebolledo 'naik gila' dan mula melepaskan tembakan. Isteri dan abang saya ditembak, tetapi abang saya selamat dan sedang dirawat,” kata suami Colopoy, Bernabé dalam satu temuramah yang kini rancak dikongsi di laman sosial.

Pendakwaraya Tarek Saab mengutuk insiden itu.

"Venezuela menjamin kehormatan dan amalan hak asasi manusia, serta hukuman bagi mereka yang melanggarnya," katanya.


Rusuhan akibat kekurangan bekalan makanan, khususnya di hadapan pasar raya semakin kerap berlaku di Venezuela. Negara itu mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk sejak empat tahun lalu. Berjuta-juta penduduk tidak menerima kenaikan gaji yang banyak menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan yang cukup.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CQvRMz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.