Hi! Welcome Back and Stay Tune! Comelnya, 7 Gelagat Anak Selebriti Hari Pertama Ke Sekolah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Comelnya, 7 Gelagat Anak Selebriti Hari Pertama Ke Sekolah..



MUSIM persekolahan kembali dan tiada lagi mimpi indah buat si cilik yang akhirnya perlu bangun awal pagi setiap hari.

Pastinya hari pertama persekolahan mengundang pelbagai gelagat tidak kira pelajar yang baru berdaftar masuk sekolah mahu pun peralihan kelas untuk usia baharu.


Instagram pagi ini rancak dengan perkongsian menarik selebriti yang menghantar anak masing-masing ke sekolah.


Antaranya Sari Yanti, Stacy, Tomok, Abby Abadi, Memey Suhaiza, Elyana dan tidak kurang juga model cantik, Atita Haris.

Bagi artis muda seperti Mia Sara Nasuha, hari ini pasti membuka lembaran baharu apabila memulakan sesi persekolahan tingkatan satu bersama kenalan baharu.


Sementara itu, rutin kebiasaan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akan menemani anak-anaknya pada hari pertama persekolahan turut menghiburkan pelayar media sosial.

Tidak lupa juga isteri kepada usahawan kosmetik D'herbs Datuk Seri Alif Syukri, Shahida yang mempersiapkan tiga anaknya untuk menempuhi hari pertama buka sekolah.

Kami kongsikan adegan menarik yang sempat dirakamkan menerusi lensa kamera selebriti sempena hari pertama sesi persekolahan tahun 2018.


Antara yang memulakan persekolahan hari ini ialah (dari kiri, atas) anak Elyana, Cinta Sumaiyah; anak Stacy, Bella; anak Sheikh Muszaphar, Bella; (dari kiri, bawah) anak Atita Haris, Opi; anak Sari Yanti, Baasit; anak Tomok, Arrian; dan anak Memey dan Norman Hakim, Darwish.

Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CQvNfN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.