Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZAHID TERIMA KEJUTAN DI HARI JADI KE-65 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZAHID TERIMA KEJUTAN DI HARI JADI KE-65

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima ‘kejutan’ sambutan hari jadi daripada kakitangan pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang meraikan ulang tahun ke-65 kelahiran beliau di bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Majlis ringkas itu berlangsung di pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Sudan Mejar Jeneral Dr Hamid Mohamed Manan.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat, para petugas melaungkan ungkapan ‘surprise’ dan menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ sebelum beliau memotong pulut kuning yang tertera angka ‘65’.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Zahid meminta petugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk bekerja bersama-samanya mempertahankan ‘pejabat’ yang diduduki daripada jatuh ke tangan pihak lain, sambil mengakui 2018 merupakan tahun yang mencabar.

Beliau juga mahu semua petugas terbabit berazam memastikan semua kejayaan yang telah dibina kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus diperkukuh dan dipertahankan daripada dimusnahkan pihak tertentu.

“Jangan ada keraguan di hati kita terhadap kepimpinan kerajaan, jangan termakan fitnah,” katanya.

-Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CQSyQG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.