Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saksi kongsi cerita detik ngeri ketika tolong mangsa nahas Lukut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saksi kongsi cerita detik ngeri ketika tolong mangsa nahas Lukut


Saksi kongsi cerita detik ngeri ketika tolong mangsa nahas Lukut|“SAYA terdengar dentuman kuat lalu bergegas ke lokasi melihat apa yang sedang berlaku. Sebaik tiba, saya melihat sebuah kenderaan berada bawah lori dalam keadaan remuk.

“Dalam kenderaan itu, ada beberapa penumpang dan semua mereka tidak sedarkan diri. Muka mereka dipenuhi darah,” kata S Muthu, 38, yang juga saksi kemalangan yang mengorbankan empat beranak warga Singapura, di simpang tiga lampu isyarat, Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson hari ini.

Mereka terbunuh dikenal pasti sebagai Rosli Samad, 54; dan isterinya, Maimunah Sapari, 51; serta dua anak pasangan itu, Dayana Sarah, 18, dan Nor Amalina Rosli, 21.

Menurut Muthu, sebelum kejadian, dia berada di hadapan kedai serbaneka yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kemalangan.

“Saya nampak lori dari Sepang merempuh kereta putih (Honda Stream) dan Mercedes hitam. Saya rasa lori tiga tan terbabas dan gagal mengawal kenderaan lalu merempuh kenderaan terbabit.

“Keadaan ketika itu kelam kabut dan semua kenderaan berhenti serta-merta. Saya dan beberapa orang cuba membantu tetapi namun terpaksa meminta bantuan bomba dan penyelamat semua semua mangsa tertindih bawah lori,” katanya.

Sementara itu, rakannya, R Ravi, 42, berkata, inilah kemalangan ngeri yang belum pernah dia lihat sebelum ini.

“Ketika menunggu bomba tiba, kami cuba membantu mengeluarkan mangsa tersepit tetapi malangnya empat dari lima mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, video sebelum kemalangan berlaku sempat dirakam pengguna jalan raya dikenali Saiful menunjukkan lori terbabit dipercayai terbabas ke kiri.

Ia dirakam menggunakan kamera yang dipasang dalam keretanya. Ketika itu, lampu isyarat dari Sepang berwana hijau dan secara tiba-tiba lori dari arah sama dipandu laju terbabas.

Difahamkan, lori terbabit dipercayai cuba mengejar lampu isyarat namun bertukar ke merah menyebabkan pemandunya tidak sempat membrek lalu meluru ke kiri.

Secara kebetulan, terdapat Honda Stream dinaiki lima warga Singapura tidak sempat mengelak lalu diseret dan tersepit di bawahnya.

The post Saksi kongsi cerita detik ngeri ketika tolong mangsa nahas Lukut appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lRXa1U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.