Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Tidak Sedar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Tidak Sedar


Ramai orang tidak sedar mereka menghidap penyakit pulmonari tersumbat kronik (COPD) kerana pada peringkat awal penyakit ini menunjukkan gejala ringan. Bagaimanapun, apabila penyakit ini semakin melarat penghidapnya akan mengalami sesak nafas, batuk dan kahak serius yang boleh berlarutan selama beberapa hari dan berminggu-minggu lamanya. 

COPD ialah penyakit paru-paru progresif yang membuat penghidapnya semakin sukar bernafas. Lazimnya, penyakit ini disebabkan pendedahan jangka panjang kepada perengsa paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran pernafasan.

Asap rokok adalah punca utama COPD dengan 97 peratus daripada penghidapnya dikenal pasti sebagai perokok atau bekas perokok. Gejala COPD muncul secara perlahan-lahan dan biasanya semakin ketara apabila penghidap berusia 40 hingga 50 tahun. Apabila penyakit semakin berkembang, gejala juga semakin serius sehingga aktiviti harian menjadi semakin sukar.

Namun, gejala ini mungkin berlainan antara individu. Dua faktor yang paling biasa dalam pembentukan COPD adalah bronkitis kronik dan emfisema atau kombinasi kedua-duanya. Bronkitis kronik dicirikan dengan pembengkakan dan pengeluaran kahak dalam saluran udara.

Ini menyebabkan saluran udara tersumbat kerana pembengkakan dan kahak mengakibatkan bahagian dalam saluran pernafasan menjadi lebih kecil yang mengehadkan kemasukan udara untuk melaluinya. Emfisema pula berlaku apabila pundi udara (alveoli) pada akhir saluran udara kecil (bronkiol) dalam paru-paru secara beransur-ansur dimusnahkan.

Hasilnya, pundi udara tidak boleh menolak keluar semua udara dan mengakibatkan udara terperangkap, sekali gus mencegah paru-paru berfungsi dengan cekap.

Kombinasi kedua-dua masalah kesihatan ini mengakibatkan sesak nafas dan bagi gejala yang serius menyebabkan penghidapnya perlu mendapatkan penjagaan perubatan segera termasuk dimasukkan ke hospital kerana COPD boleh mengundang maut.

Pakar Perunding Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Madya Dr Pang Yong Kek berkata, cara terbaik mencegah COPD adalah berhenti merokok atau tidak merokok langsung berikutan tabiat merokok yang berleluasa menjadikan COPD sebagai ancaman semakin meningkat di negara ini.

“Kira-kira 210 juta penduduk dunia dianggarkan menghidap COPD, namun kurang separuh daripadanya didiagnosis, manakala kira-kira 56.6 juta penduduk di Asia Pasifik pula menghidap COPD sederhana hingga teruk.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa COPD akan menjadi punca utama ketiga kematian di seluruh dunia menjelang 2020. Berdasarkan bilangan kes, CPOD adalah satu daripada penyakit yang paling kerap tidak didiagnosis, menyebabkan penghidap kurang upaya dan kos perubatan pula mahal,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Torasik Malaysia berkata, walaupun merokok adalah faktor risiko utama, namun terdapat faktor risiko lain mendapat COPD seperti pendedahan jangka panjang terhadap habuk, bahan kimia dan pencemaran udara. Malah, beliau tidak menolak genetik turut menyumbang kepada penyakit terbabit.

“COPD didiagnosis selepas terdapat kecurigaan klinikal pada individu yang berisiko. Kaedah utama untuk mendiagnosis COPD adalah dengan menjalankan ujian spirometri untuk menilai fungsi paru-paru pada penghidap penyakit berkaitan paru-paru.

“Spirometri adalah prosedur penting untuk memudahkan diagnosis penyakit COPD menggunakan spirometer iaitu alat untuk mengukur keberkesanan dan kepantasan paru-paru dapat dikosongkan. Ujian spirometri memudahkan pengesanan awal COPD dan membolehkan mereka bertindak tepat pada masanya, sekali gus membantu menangani masalah kekurangan diagnosis,” katanya.

Ketika ujian, penghidap diperlukan untuk menarik nafas panjang dan menghembus sekuat-kuatnya ke dalam tiub yang bersambung pada mesin kecil. Mesin ini kemudian mengukur berapa banyak udara dihembus keluar dan kelajuannya. Spirometri boleh mengesan COPD sebelum gejala penyakit ini muncul, malah boleh digunakan untuk menilai tahap masalah kesihatan akibat COPD.

Selain alat ini, pemeriksaan dengan sinar X dada atau imbasan tomografi berkomputer (CT) juga boleh menunjukkan tanda COPD. “Kerosakan paru-paru akibat COPD tidak boleh diubah dan buat masa ini tidak ada penawarnya, tetapi rawatan boleh membantu mengawal gejala dan mengurangkan kerosakan yang lebih teruk.

“Jika seseorang sudah disahkan menghidap COPD terdapat rawatan yang membantu melegakan gejala penyakit ini seterusnya memulihkan kualiti kehidupan mereka yang terjejas dan mengurangkan risiko kematian. Oleh itu, penghidapnya digalakkan menemui doktor atau pakar untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui tahap masalah mereka,” katanya.

Penghidap COPD disaran menggunakan alat tekanan udara positif dua fungsi (BiPAP) yang mempunyai rekaan dan fungsi yang sama seperti alat tekanan udara positif berterusan (CPAP) yang memberi tekanan tinggi tetap dan boleh membuka saluran pernafasan bagi memudahkan menghembus angin keluar.

Pengurus Jualan Negara, Asia Tenggara-Pasifik Penjagaan Kesihatan Peribadi Tidur dan Respiratori Rumah Philips, Eddie Wong berkata, alat berkenaan membantu membuka saluran pernafasan yang tersumbat dan memudahkan bernafas.

Model terkini BiPAP dilancarkan baru-baru ini bagi membantu pakar perubatan respiratori menetapkan alat ventilasi tekanan yang bersesuaian untuk penghidap COPD sederhana dan serius. 

“Antara ciri diperkenalkan seperti Average Volume Assured Pressure Support (AVAPS) yeng membolehkan pakar mengatur sasaran sokongan tekanan dalam alat yang memudahkan mesin ventilasi untuk mengubah tahap tekanan secara automatik mengikut pelbagai keadaan pernafasan penghidap sama ada mereka sedang aktif atau tidur.

“Ciri Automated Airway Management (AAM) pula menggunakan teknik tindakan ayunan untuk mengesan sekatan aliran udara atas disebabkan masalah gangguan tidur yang boleh hadir bersama COPD.

“AAM akan menghidupkan tekanan udara positif ekspiratori untuk membuka tekak penghidap secara automatik dan membolehkan ventilasi udara masuk ke dalam paru-paru sebaik saja mengesan laluan udara yang tersumbat ketika tidur,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E5apml

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.