Hi! Welcome Back and Stay Tune! Papar Kisah Buruk Zaman Silam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Papar Kisah Buruk Zaman Silam


Selepas kejayaan tiga filem Insidious, francais keempatnya, Insidious: The Last Key pasti memenuhi cita rasa penggemar genre seram di negara ini. Insidious: The Last Key arahan Adam Robitel mula menjengah pawagam di seluruh Malaysia mulai esok (4 Januari). 

Masih mengekalkan Lin Shaye selaku watak utama sebagai Dr Elise Rainier, sekuel keempat Insidious ini menyaksikan Elise berdepan gangguan roh jahat di rumah keluarganya sendiri. Secara peribadi, Shaye mengakui watak Dr Elise Rainier sudah sebati dengannya selepas beraksi menerusi empat francais filem Insidious.

“Genre seram bukan perkara baru bagi saya kerana pernah berlakon dalam filem seram yang pernah mencetuskan fenomena pada era 80-an iaitu Nightmare On The Elm Street.

“Saya sendiri percaya kewujudan makhluk halus dan alam ghaib walaupun tidak pernah melihatnya depan mata. Watak Dr Elise pula bukan sekadar mempunyai kuasa psikik untuk berhubung dengan alam ghaib tetapi lebih kepada membantu orang lain walaupun turut membahayakan nyawanya sendiri,” katanya.

Menurut Shaye, filem keempat Insidious juga mampu memberi kepuasan yang lebih kepada penonton dan bukan sekadar cerita seram. “Saya juga berharap filem ini akan diterima penonton kerana jalan ceritanya lebih menarik. Cerita kali ini berbeza kerana Elise dihantui di rumahnya sendiri. Ia juga memaparkan zaman remaja Elise bersama keluarganya di Mexico,” katanya.

Jelas Shaye, kali ini, jalan cerita Insidious juga menampilkan karakter Elise selaku fokus utama penceritaannya. “Penonton juga akan mengetahui Elise mempunyai kisah silam yang sangat buruk. Namun, Elise tidak pernah menyerah kalah sehinggalah dia mempunyai kebolehan untuk membantu orang lain pula.

“Penonton juga akan mendapat gambaran sebenar siapa sebenarnya Elise dengan menonton sekuel keempat ini,” katanya. Berkenaan cabaran pula, Shaye berkata, wataknya kali ini banyak bermain dengan emosi.

“Babak bermain dengan emosi paling susah kerana Elise kembali ke zaman kanak-kanaknya bersama ibu bapa dan adik lelakinya yang sangat menyedihkan serta layanan buruk bapanya. Sesi latihan untuk filem ini sangat mencabar dan saya juga banyak menangis ketika penggambaran,” katanya. 

Pada masa sama, Shaye juga percaya penulis skrip dan pelakon filem ini, Whannell sudah memberikan yang terbaik dengan menyajikan penonton cerita seram yang bukan saja menarik tetapi menghiburkan. Cerita ini juga menampilkan beberapa elemen penting dalam hidup dan isu kekeluargaan,” katanya.

Tidak pernah bosan Walaupun sudah berlakon menerusi empat francais Insidious, Shaye mengakui dia tidak pernah bosan melakonkan karakter Dr Elise Rainier itu. “Saya sangat meminati bidang lakonan sejak dulu. Walaupun karakter Dr Elise berat, ia menghiburkan dan menyentuh emosi. Saya juga tidak pernah berasa diri sudah berusia untuk terus berlakon pada usia emas ini.

“Malah, saya juga bersedia berlakon dalam Insidious 5 jika ada sambungan untuk francais ini nanti. Kita tunggu sajalah nanti. Jika penonton menyukai filem ini pastinya barisan pelakon dan produksi juga seronok untuk terus memberikan yang terbaik,” katanya.

Selain Shaye, filem ini dimantapkan dengan barisan pelakon hebat seperti Angus Sampson, Leigh Whannell, Josh Stewart, Caitlin Gerard, Kirk Acevedo, Javier Botet, Bruce Davison, Spencer Locke, Tessa Ferrer, Ava Kolker dan Marcus Henderson. Filem ini terbitan Universal Pictures dan edaran oleh Sony Pictures Entertainment.

Sinopsis 

Insidious: The Last Key menceritakan Elise berdepan dengan misteri dan gangguan roh jahat di rumah pada zaman kanak-kanaknya dulu. Bukan perkara mudah bagi Elise kerana dia juga memiliki kenangan buruk sepanjang tinggal di rumah keluarganya itu. Kini, Elise perlu memberanikan dirinya untuk menyelesaikan misteri dan gangguan roh jahat itu.

Bukan sekadar membantu orang lain, Elise juga perlu menyelesaikan misteri dan gangguan roh jahat pada zaman silamnya dulu.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CQdcRc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.