Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Kejutan Hari Pertama Persekolahan, Shahrol Shiro Menyamar ‘Pak Guard’ Sambut Murid Tahun 1.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Kejutan Hari Pertama Persekolahan, Shahrol Shiro Menyamar ‘Pak Guard’ Sambut Murid Tahun 1..


HARI pertama sesi persekolahan 2018 pastinya diwarnai dengan pelbagai reaksi dan ‘drama’ emosi terutamanya buat murid tahun satu.

Ada murid yang menangis tidak mahu berpisah dengan ibu bapa, ada pula yang menyuruh orang tua mereka cepat pulang kerana malu dilihat rakan lain, macam-macam…


Namun buat murid di Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas di Pontian, Johor, sesi persekolahan awal pagi ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang pengawal keselamatan yang ‘luar biasa’ daripada kebiasaannya.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, kehadiran pelawak terkenal, Shahrol Shiro sebagai penyambut tetamu bukan sahaja menghiburkan murid terbabit, bahkan golongan ibu bapa turut terhibur dengan gelagatnya.


Video bedurasi kurang seminit itu turut dikongsi menerusi laman Fanpage daripada komuniti penduduk Johor di mana ia sehingga kini ditonton lebih daripada 100,000 ribu kali dan menerima ribuan perkongsian.

Shahrol yang juga merupakan penyampai radio di Suria FM turut bergambar dengan beberapa ibu bapa dan tidak kurang juga membuat lawak spontan kepada golongan guru-guru di sekolah terbabit.



“Antara artis Malaysia yang pandai layan peminat… ble macam ni lagilah semua orang peminat sayang shahrol shiro,” tulis Nor Suraya Adha.


“Alhamdulillah satu pendekatan yg terbaik dibuat oleh mereka. Tentu kanak tahun satu seronok nak ke sekolah kan, kan,” kata Hairul Kamal Mohd Tahir.

Manakalan Zera Badzli Shah Azizan menulis: “Hahahahha… aku rasa..mak-mak pon nak ke sekolah balik kot….”

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CmQI9p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.