Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mas Idayu, Baby Shima Hasilkan Single - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mas Idayu, Baby Shima Hasilkan Single


HIKMAH di sebalik kritikan pedas, ratu dangdut, Mas Idayu bersyukur apabila karier seni Baby Shima semakin terbuka luas.

Katanya, bekas peserta program realiti, D’Academy Asia musim Ke-3 (DAA3) itu tidak putus-putus menerima tawaran persembahan di Indonesia mahupun Malaysia.

“Itu semua orang tak tahu. Mummy cuma fikir satu saja, mummy tak pernah buat apa-apa sampai jadi viral macam ini.

“Sebelum ini, perjalanan dia menjadi artis di Malaysia pun tak menonjol, tak naik, bahkan mummy pun tak kenal dia.

“Tapi, dia sangat berterima kasih dengan mummy Kerana ini, nama dia naik di Indonesia dan juga Malaysia,” katanya dalam wawancara khas Live Facebook Bersama Sinar Harian, kelmarin.

Terdahulu, pelantun lagu Goyang Bali ini memarahi Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli selepas mendendangkan lagu Wulan Merindu pada konsert minggu ketiga pertandingan yang membariskan peserta dari Asia itu.

Malah, video kritikan Mas Idayu juga menjadi viral sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

Jelasnya, percaturan ALLAH SWT sudah teratur begitu cantik sekali.

“Kita tak tahu perjalanan ALLAH beri, jadi mungkin ALLAH hantar mummy sebagai perantaraan dan mummy wajib marah dia hari tu.

“Itu orang sebenarnya tak nampak. Sekarang pun, hubungan mummy dan dia baik kerana dia tahu apa kesilapan dia buat,” katanya.

Bahkan, penyanyi lagu Selangit ini turut mendoakan agar kerjaya seni anak didiknya itu semakin bersinar pada masa depan.

“Bagi mummy, dia bukan dilahirkan untuk jadi artis yang dipertandingkan, sebaliknya memang sepatutnya jadi artis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu juga akan bekerjasama dengan Baby Shima hasilkan single terbaru tidak lama lagi.- Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DhcSuR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.