Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaid Lepas Tuduhan Buat Kenyataan Jelik Terhadap PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaid Lepas Tuduhan Buat Kenyataan Jelik Terhadap PM



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan membuat kenyataan jelik berhubung gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan yang disiarkan di blognya, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Zaman Mohd Noor terhadap Zaid, 67, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Zaman dalam penghakimannya berkata, terdapat kelompongan dalam kes pendakwaan, selain percanggahan kenyataan antara saksi pendakwaan.

Beliau berkata, mangsa dalam kes ini tidak dipanggil memberi keterangan untuk mengetahui sama ada beliau terkesan dengan kenyataan dikeluarkan Zaid.

"Mahkamah memerintahkan Zaid dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zaid yang juga ahli DAP didakwa menggunakan aplikasi Internet dan secara sedar membuat dan memulakan pernyataan itu di http://ift.tt/1YK1Rq4 dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman, dekat sini, pada jam 3.20 petang, 3 September 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sebelum ini mengemukakan 10 saksi pendakwaan dan Zaid diwakili peguam M Puravalen.

Pada 2 September 2015, Zaid memberi ucapan di Kelab Diraja Selangor, di sini, dan kemudian memuat naik ucapan itu di dalam blog beliau pada keesokannya. Ucapan itu juga dibacakan di dalam mahkamah.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DkMfoT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.