Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Pekebun Kecil Dan Penoreh Tak Mohon Bantuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Pekebun Kecil Dan Penoreh Tak Mohon Bantuan


KUALA LUMPUR: Seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah masih belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang tarikh akhirnya 31 Januari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasi, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Suarni Sumormo, berkata seramai 500,730 pekebun kecil dan penoreh didaftarkan dalam pangkalan data BMT pada 30 September lalu dan 483,941 layak memohon bantuan.

"Sehingga 9 Januari 2018, seramai 325,366 pekebun kecil dan penoreh sudah menerima BMT, termasuk 29,03 orang pekebun yang memiliki kebun belum matang.

"Daripada jumlah yang layak itu, seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah belum membuat permohonan.

"LGM menyeru kepada mereka yang layak tetapi belum memohon supaya segera membuat permohonan selewat-lewatnya 31 Januari ini," katanya pada sidang media di Bangunan Getah Asli, hari ini.

Suarni berkata, BMT diumumkan pada Bajet 2017 membabitkan pemberian sebanyak RM200 sebulan yang akan dibayar pada selama tiga bulan bermula November 2017 hingga Januari 2017 membabitkan peruntukan berjumlah RM261 juta.

BMT diberikan bertujuan memastikan kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah terpelihara ketika musim tengkujuh.

Katanya, sepanjang musim tengkujuh, tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu paling terkesan kerana pekebun kecil dan penoreh tidak dapat menoreh.

Dengan adanya bantuan BMT, ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan kerana tidak dapat menoreh dan memperoleh hasil.

Bagi yang belum membuat permohonan ia boleh dilakukan dengan memohon secara dalam talian menerusi http//http://ift.tt/2CTpRC5.

Permohonan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih LGM BMT yang dimuat naik daripada Google Play Store atau menghantar borang BMT di mana-mana pejabat LGM Wilayah/Negeri.- BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DkMy31

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.