Permohonan BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini
KUALA LUMPUR: “Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini,” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memaklumkan perkara tersebut menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, “kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.”
Sebelum ini, Kementerian Kewangan melalui kenyataannya mengumumkan permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 dibuka kepada penerima layak bermula 27 November sehingga 31 Disember 2017.
Menurut Bernama, kenyataan Kementerian menyebut pasangan penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia perlu membuat permohonan baharu.
Begitu juga dengan pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan sebelum ini, perlu mengemukakan permohonan baharu untuk BR1M 2018. — Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KmkMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mh72BP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment