Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM

Kamaruddin-Mohd-Noor-ppbm 
PUTRAJAYA: PPBM tidak menolak kemungkinan ada individu yang dibayar pihak luar untuk mengaku mereka ahli parti itu bagi membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) demi memburuk-burukkan PPBM.
Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor memberitahu FMT, ia bukan perkara baru kerana ia berlaku sebelum dan selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, Disember lalu.

“JPPM juga ada beritahu kami banyak terima aduan. Kita serah kepada JPPM buat keputusan.
“Mereka ini mungkin dibayar. Tetapi kita tak sahkan lagi sebab belum buat siasatan lagi terhadap mereka yang buat aduan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak mengaku diri mereka ahli PPBM dan membuat aduan kepada JPPM yang parti itu tidak mematuhi perlembagaannya walaupun selepas AGM diadakan.

Pada 30 Disember lalu, PPBM mengadakan AGM pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, selepas lebih setahun ia didaftarkan pada September 2016.

Parti dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendakwa mereka terpaksa mengadakan AGM di sebalik ancaman pembatalan pendaftaran oleh JPPM, susulan masalah membabitkan penstrukturan cawangan serta bahagiannya yang tidak diiktiraf JPPM.

Mengulas lanjut, Kamaruddin mengesyaki individu terbabit yang membuat aduan kepada JPPM mempunyai agenda tersembunyi.
“Kalau betul-betul ahli, sepatutnya buat aduan kepada kita (parti) dulu. Kita sudah jangka akan ada beberapa kumpulan daripada mereka ini akan buat aduan lagi, sebab itu saya tidak terkejut. Kita pun tidak tahu siapa mereka.”

Sementara itu, katanya, PPBM masih menunggu maklum balas JPPM selepas menghantar laporan penuh berhubung AGM itu kepada jabatan berkenaan.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4sa44

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.