Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah GST Itu Zalim? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah GST Itu Zalim?




MELAWAN TUDUHAN DAN MENJAWAB PERSOALAN YANG SERING DIBUAT OLEH CYBER TROOPER PAKATAN HARAPAN

SOALAN:  ADAKAH GST ZALIM?

Semua ahli pembangkang, termasuk PAS, menyatakan bahawa GST adalah sistem percukaian yang zalim. Zalim kerana ia mencukai orang miskin sama rata dengan orang yang berada.  Jadi orang miskin kena memikul beban yang sama dengan orang kaya.

Adakah ini benar?

SST - CUKAI SEBELUM ADANYA GST

Bukan mereka yang menuduh tidak tahu bahawa sebelum GST ada sistem cukai SST dan GST hanya mengambil alih sistem cukai yang ada sebelumnya.  Jadi GST bukanlah sistem cukai baru yang direka dan di implimentasi dalam keadaan sebelumnya tiada cukai.

Ramai yang masih tak tahu perkara ini atau tak dapat terima dan anggap SST itu satu perkara direka kerana sebelum ini mereka tidak pernah dengar tentang SST.  Pembangkang pun cuba sembunyikan perkara nengenai SST.

Jikalau perbandingan peratusan yang dicukai antara GST dan SST dibuat, ia akan menunjukkan GST lebih rendah.  Dimana SST boleh sampai 15%, GST tetap hanya 6%.

SALAH CARA MENGHITUNG GST

Ramai masih tidak tahu cara menghitung GST.  Ada yang hitung penambahan 6% kepada harga penuh apabila barangan dijual beli.  Jikalau dihitung cara begini, jumlah GST pasti tinggi.  Itu yang mereka anggap zalim.

Sebenarnya cara perhitungan GST adalah - bahagian harga yang dicukai adalah bahagian penambahan nilai, iaitu perbedzaan antara harga beli oleh peniaga dan harga penjualan.

Jadi jikalau pembeli beli dengan harga RM10 dan menjual dengan harga RM12, GST hanya dikenakan pada RM2, iaitu bahagian perbedzaan antara harga beli dan jual oleh peniaga.  GST bukan dikenakan pada harga jual iaitu RM12.

Jikalau dihitung dengan cara betul, jumlah yang dibayar untuk GST kurang dari SST.

ORANG MISKIN PUN BAYAR GST - ZALIM KER TU?

Orang miskin pun kena bayar GST dan orang kaya pun kena bayar GST – ini yang mereka kata GST membebankan orang miskin.

SST pun orang miskin kena bayar sebelum GST.  Perkara ini tak berubah.

Sebenarnya cukai GST ini hanya dikenakan kepada pembeli.  Yang tak membeli tak bayar cukai.  Jumlah GST yang dibayar tergantung pada jumlah yang dibeli.

Jikalau seorang belanja RM1,000 sebulan untuk barangan yang dikenakan GST, dia bayar RM60 sebagai GST.  Jikalau orang belanja RM10,000 sebulan untuk barangan yang dikenakan GST, jumlah dia harus bayar adalah RM600.

Jadi, cukai GST bukan seperti yang dituduh membebankan orang miskin.  Tiada perubahan sesiapa yang membayar cukai antara sistem SST dan GST. Yang beli lebih bayar lebih dan beli kurang bayar kurang. 

Orang miskin tidak memikul beban GST orang kaya.

160 NEGARA DUNIA ZALIM?

Negara dalam dunia hampir semuanya mengamalkan sistem GST.  Lebih dari 160 negara mengamalkan sistem ini.  Sekrang negara Saudi Arabia pun dah mula mengamalkan sistem GST. 

Semua negara ini zalim ka?

KENYATAANNYA BUKAN SEMUA BARANGAN DIKENAKAN GST

Barangan dasar dan keperluan tidak dikenakan GST.

Orang miskin makan nasi, sayur, ikan, ayam, minyak, - semuanya tak dikenakan GST.

Orang miskin minum kopi, teh, susu, gula – semuanya tak dikenakan GST.

Berapa jumlah GST orang miskin hidup bayar sehari?  Cuba fikirkan dan hitung.

Relaitinya orang miskin tidak dibebankan dengan GST sebagaimana digamnarkan oleh mereka.

ROBIN HOOD ZALIM?

Pencuri itu zalim.  Mengambil hak orang dan mencuri harta orang lain adalah zalim.

Di Britain ada cerita Robin Hood.  Dia penyamun.  Dia pencuri.  Adakah dia zalim bila dia mencuri dari yang kaya da  yang tamak untuk dibahgikan kepada yang miskin?

Sama dengan GST.  Jikalau dengar sebahgian aja cerita, ia mungkin dianggap zalim oleh segolongan orang.  Cuba dengar cerita sepenuhnya.

PANDANGAN LUAS KEPADA POLISI KERAJAAN

Jangan pandang sistem GST dengan kacamata myopik dan singkat.  Jangan pandang dengan fikiran yang sempit.

Kebanyakan polisi kerajaan berjalan bergandingan dengan polisi kerajaan lain.  Keberatan yang dibawakan oleh satu polisi diringankan dengan satu polisi gandingannya.  Ini lebih lebih lagi tentang polisi yang melibatkan kewangan dan beban perbelanjaan rakyat kecil.

Bila GST diimplimentasi, polisi BR1M juga dijalankan.

Sekarang jumlah diberikan dibawah BR1M adalah RM1,200.

JUMLAH RM1,200 BOLEH MENANGGUNG GST UNTUK PERBELANJAAN RM20,000 SETAHUN. 

Barangan yang dikenakan GST yang dibeli oleh orang miskin tak sampai jumlah itu setahun.

MANA DUIT GST TU?

Jumlah GST dikutip oleh kerajaan adalah RM40 billion. 

Perbelanjaan untuk rakyat kecil termasuk:

BR1M - 7 BILLION

KESIHATAN -  30 BILLION

PENDIDIKAN - 60 BILLION

PERUMAHAN MAMPU MILIK

BANTUAN PADA NELAYAN DAN PETANI .... Dan banyak lagi program dan polisi untuk rakyat.  Disitulah perginya GST.  Malah perbelanjaan Kerajaan untuk rakyat kecil melebihi jumlah kutipan GST.

Nak tahu dengan lebih mendalam?  Bacalah bajet negara tahun ini.

Jadi, dimananya GST tu zalim?

MASIH LAGI NAK PERCAYA DENGAN CERITA GST ZALIM? MASIH NAK PERCAYA GST PERLU DIHAPUSKAN?

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nTapjd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.