Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin

 | February 4, 2018
Khalid berkata Azmin hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.
khalid-ibrahim_azmin-ali_selangor_600
PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu memikirkan pilihan parti politiknya dan beliau hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.
“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak (Azmin) kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya di Facebook.

Bekas menteri besar itu menjawab kenyataan Azmin pada Khamis, yang berkata Khalid dilihat tidak mempunyai prinsip dan idealisme kerana “sekejap Umno, sekejap PAS, kemudian bebas” untuk pilihan raya umum akan datang.
“Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme. Ini sekejap (sokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” katanya.

Sebelum ini, sumber mengatakan Khalid berkemungkinan bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Kerusi itu ketika ini disandang pemimpin Amanah, Khalid Samad.
Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid, kerana terdapat spekulasi Azmin akan berpindah kawasan ke Shah Alam dari Gombak.

Khalid dilihat mesra PAS selepas peristiwa Langkah Kajang, yang menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor dalam usaha PKR menggantikan Khalid dengan presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Khalid yang bertanggungjawab ke atas pengambialihan aset konsesi-konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri itu menjadi pengkritik Azmin dalam isu penyusunan semula industri air.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkata beliau akan membantu kempen PAS dan sedia bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E2uRc4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.