Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafizi sangkut lagi. Kita doakan yang terbaik untuk dia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafizi sangkut lagi. Kita doakan yang terbaik untuk dia

Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Selepas disabitkan dengan kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dua tahun lalu, Ahli Parlimen Pandan sekali lagi disabitkan dengan kesalahan tuduhan mendedahkan penyata akaun bank National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan dua yang lain kepada media.

Justeru, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Zambri Bakar memerintahkan Naib Presiden PKR itu menjalani hukuman penjara 30 bulan bermula tarikh sabitan.

Bekas kerani bank, Johari Mohamad turut diperintah menjalani hukuman sama selepas disabitkan kesalahan bersubahat.
Zambri dalam keputusannya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes.
"Oleh itu, tertuduh disabitkan dengan pertuduhan," katanya.

Mohd Rafizi, 40, didapati bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat.
Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Johari, 46, juga didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EndNNf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.