Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aduh! Dompet kosong, tapi gaji masuk lambat lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aduh! Dompet kosong, tapi gaji masuk lambat lagi

Dengar cerita, gaji orang ‘gomen’ dah masuk 8 haribulan lepas. Mesti seronok sebab gaji masuk awal, kan?

Maka, akan terbit kisah siri perbelanjaan yang tak tercapai dek akal. Ya, bukan semua. Tapi yang pasti, akan ada yang sesak sebelum gaji baru tiba.

Masa duit tengah banyak, korang berbelanja tak ingat dunia. Dah tersepit, baru menggelabah korek setiap poket jeans yang ada.

Dengan ilmu yang betul, korang confirm boleh elakkan masalah ini berlaku.

Oh, tengah cari ilmu tu? Nah, hadamkan laju-laju ilmu perkongsian Tuan Amir Syahir yang awesome ni.

Dapat gaji awal – Lesen besar, berbelanja macam orang gila?

Seperti yang korang semua tahu, gaji untuk bulan Februari bagi kakitangan awam dah masuk pun 8 hari bulan lepas. Nak tunggu gaji yang seterusnya boleh tahan lama jugak.

Orang yang mempunyai kewangan yang stabil, kalau gaji masuk awal pun, dia anggap gaji belum masuk lagi. Tak perlu keluarkan awal-awal jika gaji masuk awal.

Jadi, apa yang korang perlu dan boleh buat sementara nak tunggu gaji bulan depan? Jom baca ni.

#1 : Kehendak dan keperluan, tak sama. Faham ke?

Utamakan pembelian barangan keperluan. Jika ada lebih barulah berbelanja untuk kehendak. Jika tak ada sumber pendapatan ke-2, cuba minimumkan kehendak.

#2 : Mampu, tapi anggap diri tak mampu

Jika korang mampu beli baju berharga RM50, cari baju yang berharga RM35. Jimat RM15. Boleh korang jimatkan perbelanjaan.

Kurangkan makan luar dan makan kat kedai hipster yang mahal tu. Tak lari followers Insta korang kalau sebulan tak update makan tempat sedap-sedap, kan?

#3 : ‘Alat’ selamatkan poket anda rabak?

Belajar buat bajet. Kalau nak keluar bandar untuk membeli barang, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Beli barang yang ditulis saja.

Jadi tak perlu pergi pusat membeli-belah banyak kali. Kos minyak lagi, bayar parking lagi. Dah pergi banyak kali, mesti nak makan lagi. Bila masa nak berjimat kalau macam tu?

#4 : Buang perangai ‘acah-acah kaya’

Jika korang bergaji RM1,500, pecahkan kepada beberapa bahagian utama yang korang biasa guna. Jangan usik untuk perbelanjaan tetap.

Jangan acah-acah nak jadi orang kaya. Jangan terus nak beli IPhone X, tudung kat butik, jubah mahal atau sport rim kereta. Semua tu, bahaya.

#5 : “Barang murah, mana tahan lama” – Betul ke, bohong?

Kalau nak beli barang keperluan tu, cuba bandingkan harga. Banyak pilihan sekarang. Yang murah, tak semestinya tak bagus. Yang mahal pulak, tak semestinya bagus.

#6 : Utamakan yang penting saja

Kalau ikutkan hati, semua benda kau nak beli. Sabar. Ingat, gaji korang lambat lagi.

Sumber pendapatan ke-2 pun tak ada. Jadi, beli barang ikut keutamaan dulu. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Baru beli lain.

#7 : Bersederhana itu, sifat yang power!

Nak jogging? Pergi je taman. Tak payah la jogging atas mesin jogging tu. Bayar masuk pun dah berapa. Kalau tinggal kat serviced apartment, itu lain cerita. Free saja nak guna.

Nak pergi bercuti, boleh. Tapi jangan menggatal nak pergi luar negara. Kalau mampu, lain la.

Kalau korang pandai uruskan kewangan, takde la korang nak asyik pinjam duit kawan. Padahal gaji dia, lagi sikit daripada korang. Tapi dia pandai uruskan kewangan dengan betul.

Hidup zaman GST ni, cuba cari pendapatan sampingan. Boleh berniaga online ke, jual kerepek ke, jadi ejen Takaful, dan sebagainya.

Akhir kata,ambil tahu, ambil peduli kita mampu mengubahnya. Kah!

P/S : Jemput SHARE dan panjangkan manfaat ilmu ini kat kawan-kawan korang ya.

The post Aduh! Dompet kosong, tapi gaji masuk lambat lagi appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ERlUPk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.