Pakatan Harapan Diramal Sibuk Merebut Jawatan
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pakatan Harapan diketuai DAP diramalkan akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama dua hingga ke tiga tahun sebelum mereka dapat memulakan tugas untuk berkhidmat kepada rakyat.
Ini kerana, Perdana Menteri berkata, akan berlaku dua senario jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum nanti.
“Pertama, Dr. Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana umum mengerti Dr. Mahathir menganggap semua pemimpin lain tidak betul.
“Senario kedua, kalau Dr. Mahathir memilih untuk membuat pusingan U dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri dan inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka,” kata beliau menerusi blog NajibRazak.com hari ini. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ERqjpy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment