Suspek Pengedar Dadah Tidak Buang Air Besar 34 Hari
21/2/18
ESSEX - Seorang suspek pengedar dadah di GB berhasil memecahkan rekod dengan tidak tidak buang air besar selama 34 hari sejak ditahan.
Lemarr Chambers (24) ditahan pada 17 Januari lalu dengan tuduhan kepemilikan dadah terlarang kelas A dan berniat mengedarkannya. Namun ketika ditahan polis tidak menemui barang bukti.
Polis yakin , suspek telah menelan barang bukti sesaat sebelum ditahan di Harlow, Essex. Kini polis menunggunya mengeluarkan barang bukti tersebut.
Tetapi hingga memasuki bulan kedua penahanan, belum ada tanda-tanda tersangka akan buang air besar.
Dilansir The Sun, aksi mogok buang air besar yang dilakukan Chambers bahkan telah memecahkan rekod berada dalam penahanan polis tanpa buang air yang sebelumnya hanya bertahan 24 hari.
Pengadilan Kehakiman Chelmsford telah bersetuju perpanjangkan reman untuk keenam kalinya bagi Chambers.
Kerana polis belum mendapatkan barang bukti yang diperlukan, mereka masih akan menahan Chambers hingga Jumaat mendatang.
Jaksa Kathy Wilson mengatakan, suspek sudah tidak buang air besar hingga 33 hari dan sempat dibawa ke rumah sakit untuk diperiksa.
Namun mereka tetap tidak boleh mendapatkan barang bukti yang dimaksud.
Selama dalam tahanan, supek diketahui hanya memakan makanan ringan. Namun beberapa hari terakhir dia menggantinya dengan buah dan sayuran.
Pakar Gastroenterologi, Tris Macnair mengatakan ada risiko kecil tersangka mengalami pembengkakan usus dan pecah, namun diharapkan tubuh akan mengosongkannya sebelum hal itu terjadi.
"Saya kagum dia dapat bertahan begitu lama, dan kini tidak ada cara lain selain menunggu," kata Macnair
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EJvVlx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment