Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street

BINTANG realiti televisyen Kylie Jenner telah menyebabkan stok pasaran syarikat pemilik aplikasi Snapchat, Snap Inc. di Wall Street kehilangan US$1.3 bilion (RM5.1 bilion) selepas mendedahkan melalui Twitternya yang dia tidak lagi menggunakan aplikasi Snapchat.

"Ada yang tak main lagi Snapchat ke? Atau cuma aku... sedihnya," katanya melalui akaun Twitter @KylieJenner.


Saham syarikat Snap Inc. terus jatuh mendadak selepas adik Kim Kardashian itu mengadu berkenaan pengubahsuaian reka bentuk aplikasi Snapchat melalui media sosial itu.

Setelah saham syarikat media sosial itu jatuh hampir lapan peratus, saham ditutup enam peratus rendah di Wall Street dan kini kembali hampir mencecah harga US$17 (RM66.60), di  mana saham itu disenaraikan apabila syarikat itu berada dalam apungan pasaran saham.

Snapchat menghadapi persaingan sengit dengan aplikasi Instagram terutamanya untuk pengguna selebriti dan keadaan menjadi kucar-kacir terutamanya para pelabur apabila Kylie membuang akaun Snapchat miliknya.

Namun Kylie sempat tweet meluahkan rasa sebak setelah dia membuang akaun Snapchat.


Sebelum ini, Snap Inc. menolak aduan mengenai pengubahsuaian reka bentuk kandungan aplikasi November lalu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Snap Inc., Evan Spiegel, berkata pengguna hanya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ciri-ciri baru daripada pengubahsuaian reka bentuk kandungan aplikasi itu.

Seramai satu juta orang menandatangani petisyen untuk memohon syarikat Snap Inc. mengembalikan ciri-ciri asal aplikasi itu.



Sumber Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HLfHGz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.