Hi! Welcome Back and Stay Tune! BR1M 2018 Fasa Pertama Dibayar Isnin 26 Februari Ini. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BR1M 2018 Fasa Pertama Dibayar Isnin 26 Februari Ini.


SYUKUR…kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat mulai 26 Februari ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah menerangkan bahawa pembayaran tersebut akan dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM6.3 bilion.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M di Pekan, Pahang pada esok (Ahad). Sehari selepas itu, para penerima boleh memeriksa bayaran yang dibuat menerusi akaun mereka,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Program Bahtera 2018 (Edisi Timur) bertemakan ‘Bumiprenerus of Tomorrow’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuantan.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman bagi mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut hadir sama pada program berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah Unit Strategi Nasional di Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri menyatakan, kira-kira tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberian tunai oleh kerajaan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

BR1M mula dilaksanakan pada 2012. Ketika ini, 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang menerima manfaat skim wang tunai berkenaan yang dianggap sebagai subsidi bersasar secara langsung kepada kumpulan berkelayakan.

Ia juga merupakan polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan mesti tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Peserta di bawah program e-Kasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima BR1M. Bayaran dimasukkan terus ke akaun bank atau ditunaikan di mana-mana bank yang terpilih. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CHhgS9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.