SPRM Komited Bantu MIB Bebas Salah Guna Kuasa
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited membantu Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan agar pelan hala tuju itu memanfaatkan masyarakat India di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad menegaskan bahawa SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tamak haloba yang mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat dalam gejala rasuah.
“Kerajaan pusat dan negeri telah membuat pelbagai dasar yang baik untuk kepentingan rakyat tetapi apa yang menjadi masalah apabila berlaku rasuah dan salah guna kuasa sehingga rakyat tidak merasai (manfaat) dan menikmatinya,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) bersama 150 NGO India di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Ketua Pengarah SEDIC Datuk Dr N. S. Rajendran.
Tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan MIB, satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan masyarakat India di negara ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
MIB bertujuan membantu dan membangunkan masyarakat India terutamanya golongan B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) secara menyeluruh dan inklusif untuk tempoh 10 tahun akan datang malah ia dihasilkan sejak Mei 2015.
Dzulkifli menyaran badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat India terus memberi sokongan kepada SPRM untuk melaksanakan tugas tanpa gerun dan gentar bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat tidak dikhianati kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Sementara itu, Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata IBR merupakan pendekatan yang baik untuk memastikan bantuan dana yang disalurkan kepada masyarakat India diuruskan dengan baik dan telus untuk memanfaatkan masyarakat India.
Beliau berkata SEDIC telah menyalurkan lebih RM230 juta yang diagihkan, antaranya kepada NGO dan institusi latihan, sejak 2014.
“Dengan ini, kita harus memastikan setiap ringgit yang disalurkan sampai kepada agenda terlibat dan memberi keberkesanan yang penuh,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2osR0qf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment