Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Apakah undang-undang tuhan mengatakan bahawa RUU355 mesti diluluskan"? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Apakah undang-undang tuhan mengatakan bahawa RUU355 mesti diluluskan"?

Keputusan mahkamah berhubung RUU355 cabar kesahan pemisahan kuasa
Asila Jalil · Diterbitkan pada 23 Feb 2018 11:02AM
Bekas ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail berkata keputusan mahkamah telah menetapkan keutamaan bagi kes masa depan di membabitkan agama dalam politik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Februari, 2018

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi membenarkan cabaran undang-undang terhadap Speaker Dewan Rakyat berhubung rang undang-undang persendirian untuk meningkatkan hukuman syariah menegaskan pemisahan kuasa di antara pelbagai cabang kerajaan, kata bekas ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail.

Tawfik, yang merupakan plaintif dalam saman pemula terhadap Speaker Pandikar Amin Mulia, juga berkata keputusan mahkamah telah menetapkan keutamaan bagi kes masa depan membabitkan agama dalam politik.

"Kepercayaan para pencadang adalah PAS, yang menegaskan dirinya sebagai jurucakap Islam dan retorik yang digunakan adalah jika anda tidak bersetuju dengan RUU355 anda adalah anti Islam.

"Apakah undang-undang tuhan mengatakan bahawa RUU355 mesti diluluskan? Kenapa denda yang dikenakan dalam Ringgit dan mengapa terlalu tinggi hingga golongan miskin tidak mampu membayar?" katanya kepada The Malaysian Insight selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mahkamah telah memihak kepada Tawfik dalam usaha untuk mencabar Pandikar berhubung dengan undang-undang persendirian presiden PAS Abdul Hadi Awang (RUU355) yang bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk meningkatkan hukuman di bawah undang-undang syariah dan membolehkan PAS yang menerajui pentadbiran Kelantan menguatkuasakan hudud atau pindaan kod enakmen jenayah Islam.

Penalti yang dicadangkan di bawah RUU355 akan melihat hukuman penjara ditingkatkan sehingga 30 tahun, denda sehingga RM100,000 dan sehingga 100 sebatan.

Ketika ini, Akta Mahkamah Syariah hanya membenarkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun, tidak lebih 6 sebatan dan denda tidak lebih RM5,000. 

Tawfik berkata sudah ada jadual jenayah dan hukuman dalam senarai Persekutuan.

"Siapakah yang boleh bertahan dengan 100 sebatan dalam RUU355 atau menjalani hukuman penjara 30 tahun?"

Tambahnya keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan terdapat check and balance dalam kerajaan dan memastikan Perlembagaan Persekutuan berada di kedudukan paling tinggi dan bukannya Parlimen. 

Ini kerana perlembagaan menghendaki perkara mengenai rang undang-undang hal-hal yang berkaitan dengan Islam perlu dirujuk Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, kata peguam yang mewakili Tawfik, Rosli Dahlan kepada pemberita di mahkamah semalam. 

Majlis Raja-Raja perlu memberikan persetujuan sebelum sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen kerana agam merupakan hal negeri dan Sultan merupakan ketua agama Islam di negeri mereka. 

"Persetujuan Majlis Raja-Raja perlu diberikan dan dengan tidak berbuat demikian akan menyebabkan Raja-Raja tidak relevan."

Tawfik menambah, anak-anak Malaysia perlu dididik mengenai perlembagaan, prinsip pemisahan kuasa dan kanak-kanak Islam, dan yang  penting perlu tahu tujuan hudud.

"Mereka perlu diajar bahawa hudud adalah pagar untuk melindungi masyarakat yang sempurna dan tidak dikenakan sementara masyarakat masih membangun.

"Semua kanak-kanak juga harus diajar bahawa toleransi, keadilan dan belas kasihan adalah kunci kepada masyarakat yang baik dan itu sebabnya ada pemisahan kuasa.

"Mereka juga harus diajar sejarah Perlembagaan dan apa maksud Perkara tertentu."

Pada April tahun lau, Hadi dibenarkan membentangkan usul itu di Dewan Rakyat sebelum sesi itu ditangguhkan tanpa perdebatan.

Tawfik kemudian memfailkan saman pemula tahun lalu untuk mengisytiharkan rang undang-undang tidak berperlembagaan dan bahawa ia melanggar prosedur Parlimen, menamakan Pandikar sebagai Speaker dan setiausaha Roosme Hamzah sebagai defendan.

Beliau kemudian memohon pemecatan selepas Pandikar dan Roosme memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan samannya. – 23 Februari, 2018. 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EQ63EE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.