Indeks rasuah: Terima jerlah hakikat yang inilah menjadi penyebab Malaysia merosot
Indeks rasuah: 1MDB, Felda punca Malaysia merosot
Geraldine Tong 22 Feb 2018, 4:24 pm
Transparency International Malaysia (TI-M) menyatakan beberapa isu yang menjadi punca Kemerosotan Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) 2017.
Menurut Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar, isu tersebut adalah skandal 1MDB, kes SRC International Sdn Bhd, derma RM2.6 bilion, skandal Felda dan air Sabah serta keputusan mahkamah terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
"(Kes-kes ini) adalah contoh hilangnya kepercayaan awam, pelabur dan komuniti peniaga terhadap sistem di negara ini.
"Selain itu keadaan korupsi dan politik juga memberi kesan kepada kedudukan negara dalam CPI," katanya ketika pelancaran indeks itu di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia berkongsi kedudukan ke-62 dengan Cuba apabila mendapat 47 mata. Kosong bermaksud paling rasuah dan 100 pula sangat bersih.
Kedudukan itu merosot berbanding tahun lalu apabila negara berada pada kedudukan ke-55 dengan 49 mata.
Akhbar bagaimanapun berkata kedudukan Malaysia pada tahun ini akan jauh lebih merudum jika tidak kerana langkah agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan dan tahanan kes rasuah.
Kedudukan Malaysia bertambah baik bermula pada 2012 hingga 2014, tetapi mula jatuh sejak 2015.
Katanya, kedudukan Malaysia mula jatuh sebaik selepas timbulnya isu 1MDB dan diburukkan lagi apabila kes itu tidak diselesaikan.
Ia menimbulkan tanggapan bahawa pihak yang mencuri dana awam terlepas daripada hukuman, katanya lagi.
Beliau menyifatkan negara kini berhadapan krisis integriti dengan meningkatnya kes berprofil tinggi melibatkan mereka yang berkuasa dan kes rasuah melibatkan golongan muda.
Beliau berkata tangkapan SPRM sejak tiga tahun lalu menunjukkan 54 peratus daripada kira-kira 2,000 yang ditahan adalah mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.
"Kita perlu mencari punca utamanya. Apakah ia disebabkan didikan, sistem persekolahan, ekonomi atau kepimpinan negara? Kita tidak tahu," katanya.
Pada CPI 2017, Singapura dan Brunei mendapat kedudukan paling baik di kalangan negara Asean, masing-masing pada tangga keenam (84 mata) dan ke-32 (62 mata).
Malaysia berada di hadapan Indonesia dan Thailand, yang berkongsi kedudukan ke-96 dengan 37 mata.
Kemboja pula pada tempat tercorot dengan kedudukan ke-161 dengan 21 mata.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CHXxBy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment