Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah tersasul kerana terlajak nak angkat atau......memang ikhlas? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah tersasul kerana terlajak nak angkat atau......memang ikhlas?

Tuesday, 27 March 2018
SELAIN MENGAKUI KARISMA ANWAR LEBIH TINGGI DARIPADA NAJIB, ANNUAR MUSA JUGA MASIH MEMANDANG TINGGI TUN MAHATHIR
"Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi, karisma Anwar Ibrahim, ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak."

Wahhh...baik punya bodek dan ampu oleh Annuar Musa  kali ini!!

Ada dua aspek boleh dilihat dalam kenyataan Ketua Penerangan UMNO yang tidak lama sebelum ini telah dibebaskan daripada pertuduhan rasuah melibatkan MARA dan Pasukan Bolasepak Kelantan.

Pertama, ini adalah ampu dan bodek biasa menjelang PRU 14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Adalah perkara biasa dalam UMNO, terutamanya menjelang pilihanraya, mereka yang berharap untuk menjadi calon dan jika berpeluang berjumpa, bercakap, berucap atau mengeluarkan kenyataan berkaitan Perdana Menteri, nada mengampu dan membodeknya memang cukup menarik dan ada berbagai cara.

Bagi Annuar, selain mengharapkan agar terus dipilih sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh, ampuan dan bodekan kali ini  barangkali juga mengharapkan supaya diberikan apa-apa jawatan lain dalam kerajaan.

Selepas tidak disambung khidmatnya sebagai Pengerusi MARA, Annuar tiada sebarang jawatan lagi dalam kerajaan atau mana-mana entiti berkaitan kerajaan, manakala jawatan Ketua Penerangan UMNO hanyalah jawatan politik semata-mata.

Bagi orang politik, meskipun pernah menjadi menteri sebelumnya, diberikan apa-apa jawatan lain dengan elaun puluhan ribu, ada pejabat, ada kereta rasmi, ada sekretari dan macam-macam kemudahan lainnya, ia adalah suatu kebanggaan bagi mereka.

Jadi, dengan Annuar yang masih memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO, disertai pula dengan ampuan serta bodekan yang sudah banyak kali dan terbaru ini, apa agaknya jawatan yang sesuai untuk Najib berikan kepadanya?

Tunggguuu....

Kedua, dalam kenyataan yang sama memperlihatkan buat pertama kalinya Annuar mengakui bahawa Anwar Ibrahim memiliki karisma yang tinggi dan lebih baik berbanding Najib sendiri, meskipun Ketua Umum Pakatan Harapan itu masih berada di penjara dan pencapaiannya setakat ini hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri saja.

Biasanya, apabila membandingkan kebolehan atau kemampuan seseorang, lebih-lebih lagi yang sedang memegang jawatan Perdana Menteri, perbandingannya mestilah dengan mereka yang lebih tinggi atau setidak-tidaknya pernah menjadi Perdana Menteri juga.

Tetapi, dengan Annuar mengatakan Najib memiliki karisma seperti Anwar Ibrahim, gambarannya ialah karisma Anwar lebih tinggi daripada Najib dan meskipun Najib kini menjadi Perdana Menteri, karismanya tidaklah melebihi Anwar yang jawatan terakhirnya hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia contohnya umpama mengatakan Salleh Said Keruak yang sekarang menjadi menteri memiliki karisma seperti Ahmad Maslan yang hanya berkedudukan timbalan menteri.

Tidakkah ia ternampak pelik?

Dengan sendirinya, perbandingan Annuar itu merupakan suatu pujian dan sudah tentu membuatkan Anwar tersenyum membacanya, tetapi ia  juga seperti suatu perlekehan kepada Najib sendiri.

Dalam waktu yang sama, perbandingan Annuar mengenai beberapa ciri Najib yang tidak memasukkan nama Tun Mahathir Mohamad di dalamnya, tidaklah sukar difahami maksud dan tujuannya.

Walaupun ia ternampak sebagai percubaan Annuar untuk memperlihatkan Tun Mahathir tidak memiliki sebarang kelebihan, namun seluruh dunia tahu dan mengakui Tun Mahathirlah yangbbanyak mengubah corak dan wajah Malaysia ini.

Oleh yang demikian, Tun Mahathir pun barangkali tidak selesa dan "berasa geli"  jika ada ciri-ciri tertentu dalam kepimpinannya yang cemerlang selama 22 tahun dan diakui dunia itu, tetapi cuba disamakan dengan Najib yang disebut media antarabangsa dan dunia lain sebagai "pencuri" dan mengamalkan "kepimpinan kleptokrasi".

Terima kasihlah kepada Annuar kerana secara tidak langsung masih menghargai Tun Mahathir dan meletakkannya dalam "kelas tersendiri" yang terpisah daripada "kekotoran" Najib. (ShahbudinHusin 27/03/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 08:07 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J019U7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.