Sampai bila jadi pekan koboi?
“Sampai bila pekan Titi Serong hendak jadi pekan ‘koboi’, tiada pembangunan?”
Demikian persoalan tegas Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain terhadap kerajaan negeri susulan janji kerajaan untuk melaksanakan pembangunan pekan kecil Titi Serong pada tahun 2018 masih tiada tanda-tanda ditunaikan.
Menurutnya, dalam persidangan Dun Perak pada November 2017, kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkan baki rancangan pembangunan pekan kecil yang masih belum disiapkan pada tahun 2018.
“Daripada 41 pekan kecil dijanjikan untuk disiapkan (tempoh projek bermula tahun 2013 hingga 2018), hanya 12 pekan kecil sahaja berjaya disiapkan, manakala baki sebanyak 29 masih belum dibina.
“Lucunya, daripada 12 pekan kecil itu, hanya sebuah pekan kecil terletak di Dun dimenangi parti pembangkang iaitu Dun Gunung Semanggol.
“Tidak mengapalah, cuma kita hendak tanya sempatkah kerajaan negeri hendak menyiapkan baki pelan pembangunan pekan kecil di Perak yang masih belum dilaksanakan dalam tempoh tidak sampai setahun ini?,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu mengadakan tinjauan di Pekan Titi Serong, di sini hari ini.
Abu Bakar berkata, tuntutan pihaknya adalah berdasarkan penegasan jawapan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Exco Industri, Pembangunan Koridor dan Pelaburan, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid sewaktu persidangan Dun Perak berlangsung.
Menurutnya, setakat ini belum ada tanda-tanda menunjukkan kerajaan negeri sedia ada sedang berusaha membuat persiapan awal pembinaan itu.
“Pembangunan pekan kecil khususnya Titi Serong amat diperlukan memandangkan keadaan infrastruktur premis niaga di pekan sedia ada terlalu lama, usang dan layak digelar pekan ‘koboi’.
“Selain itu, kedudukan bangunan tidak ekonomik dan strategik, tidak bersifat komersial ,jauh daripada kemudahan asas juga menyukarkan rakyat setempat meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui kerancakan aktiviti ekonomi setempat.
“Rakyat Dun Titi Serong amat mendambakan pembangunan pekan kecil Titi Serong yang masih di takuk lama sejak zaman selepas kemerdekaan lagi, sampai bila pekan ini hendak digelar pekan ‘koboi’?,” katanya.
Abu Bakar berkata, sehingga kini, tempoh masa lima tahun diambil kerajaan negeri bagi membangunkan semula 12 pekan kecil di seluruh Perak bermula tahun 2013 hingga tahun 2018.
Menurutnya, berdasarkan tempoh itu, Pas kawasan Parit Buntar menjangkakan tempoh lebih 10 tahun diperlukan kerajaan negeri sedia ada bagi membangunkan baki 29 pekan kecil sebagaimana dijanjikan.
“Sudah pasti pembangunan lebihan 29 pekan kecil adalah amat mustahil dilaksanakan kerajaan negeri dalam tempoh tidak sampai setahun.
“Saya fikir kegagalan ini membuktikan kerajaan negeri BN hanya sekadar pandai menganjurkan gimik pilihanraya, namun mempunyai pelbagai kelemahan urus tadbir negeri sehingga akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa,” katanya.
The post Sampai bila jadi pekan koboi? appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IZlM2H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment