Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M tak layak jadi PM: Nik Amar pulak cuba ulas! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M tak layak jadi PM: Nik Amar pulak cuba ulas!

Senada jer ngan Hadi?

PAS: Dr M tak layak jadi PM kerana 'baggage politik'
mk  |  Dikemaskini 26 Mac 2018, 4:55 petang
‘Baggage’ atau ‘masalah” politik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu merupakan faktor utama beliau tidak layak untuk memegang semula jawatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebahagian besar masalah dalam pentadbiran negara ketika ini diwarisi daripada pentadbiran terdahulu terutama di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

"Isu yang besar bagi kita pembangkang adalah 'baggage' politik Dr Mahathir selama beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Sebahagian besar masalah-masalah itu diwarisi kepimpinan Umno selepas Dr Mahathir bersara.

"Jadi 'baggage' politik inilah merupakan faktor utama Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri (sekali lagi)," kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas langkah Pakatan Harapan yang mempertahankan tindakan mereka mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada usia 93 tahun.
Mohd Amar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya pula terpaksa memikul kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap individu mempunyai 'waktu kemuncak' masing-masing dan perlu berhenti apabila telah tiba waktunya.

"Orang main bola pun sampai umur 36 tahun sahaja, sebab dia memerlukan stamina yang kuat (untuk beraksi). Walaupun orang itu bijaksana tapi bila dah sampai peringkat umur tertentu, (prestasi) dia mula menurun).

"(Prestasi Dr Mahathir) mula menurun bila dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai timbalan perdana menteri) dan ia merupakan satu petanda bahawa dia sudah mula melakukan kesilapan demi kesilapan," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J19KFN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.