Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tawar diri sebagai tebusan terbunuh: Teringatkan Ghazali Shafie dan Tentera Merah Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tawar diri sebagai tebusan terbunuh: Teringatkan Ghazali Shafie dan Tentera Merah Jepun

Polis tawar diri sebagai tebusan meninggal dunia
25 MAC 2018
Insiden serangan di bandar Trebes itu turut menyebabkan 16 orang cedera. Gambar kecil: Beltrame

TREBES - PERANCIS. Seorang anggota polis Perancis yang dianggap sebagai hero kerana menawarkan dirinya sebagai tebusan untuk menamatkan serangan ganas di sebuah pasar raya meninggal dunia atas kecederaan yang dialaminya, semalam sekali gus menjadi mangsa keempat yang terkorban dalam insiden tersebut.

Leftenan Kolonel, Arnaud Beltrame, 45, adalah antara anggota keselamatan yang bergegas ke lokasi kejadian di bandar Trebes, selatan Paris selepas penyerang yang menyatakan taat setia kepada Daesh menyerbu dan menahan beberapa tebusan di pasar raya Super U, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb berkata, Beltrame dengan rela hati menjadi pengganti wanita yang dijadikan tebusan oleh penyerang.

"Dia telah ditembak dan ditikam sebelum polis antikeganasan menyerbu masuk dan menembak mati suspek tersebut. Beltrame wajar diangkat sebagai hero dan berhak diberi penghormatan," ujar Presiden Emmanuel Macron.

Sementara itu, polis mengenal pasti suspek kelahiran Maghribi itu sebagai Redouane Lakdim, 25,  dari bandar Carcassonne yang diletakkan di bawah pengawasan polis pada 2016 hingga 2017 kerana dikaitkan dengan gerakan radikal. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GiEjFc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.