Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pas sendiri tidak yakin keupayaan Abdul Hadi walaupun dia masih "muda dan sihat"? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pas sendiri tidak yakin keupayaan Abdul Hadi walaupun dia masih "muda dan sihat"?

SUNDAY, MARCH 25, 2018
USAH BANGKANG SAJA, BAWALAH ALTERNATIF
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. BN akan kekalkan Najib sebagai PM. Tiada sebarang isyarat akan berlaku pertukaran jika BN berkuasa lagi. Itu hak BN. 

2. PH sudah menamakan Tun M bakal PM. Selepas Tun M, Anwar Ibrahim. Keputusan ini adalah konsensus PH. Ini hak PH. 

3. Orang Pas tak setuju Tun M sebab faktor usia dan banyak faktor lain. Orang Pas boleh guna senarai pensyarah "mike" itu sebagai justifikasi. Itu hak orang Pas. 

4. Biasanya, jika kita tidak bersetuju dgn sesuatu perkara, kita akan kemukakan alternatif. Bangkangan tanpa alternatif tiada nilai "akademik". Ceewaah...!

5. Misalnya, apabila tak setuju dgn Pas, alternatifnya Amanah. Tak setuju dgn Umno, alternatifnya PPBM. Tak setuju dgn BN, alternatifnya PH. 

6. Tak setuju dgn Tun M, siapa alternatifnya? Muhyiddin, Mat Sabu, Wan Azizah dan LKS setuju dgn Tun M. Mereka bukan alternatif lagi. 

7. Alternatif utama yg ada ialah Abdul Hadi. Tapi soalnya, mengapa GS tidak umumkan secara rasmi Abdul Hadi sebagai bakal PM? 

8. Selepas itu, mana-mana pihak boleh sepentaskan mereka bertiga; Najib, Tun M dan Abdul Hadi. Orang ramai mahu dengar buah fikiran mereka. 

9. Saya minta betul-betul, GS atau Pas sendiri isytiharkan kpd umum, Abdul Hadi adalah bakal PM drpd GS. 

10. Hal ini penting sebab kita tidak ada pilihanraya presiden spt Amerika atau Indonesia. 

11. Justeru, pengumuman bakal PM membantu orang ramai tahu siapa bakal PM mereka dlm kerangka politik westminster amalan negara kita. 

12. Tapi Pas tak berani, kenapa? Atau pun Pas sendiri tidak yakin keupayaan Abdul Hadi walaupun dia masih "muda dan sihat". 

13. Atau pun tokoh lain; TITM, Idris Ahmad, Nik Amar atau Iskandar. Khalil dan Nik Abduh pun apa salahnya? 

14. Ok Pas, umumkan calon PM parti kamu, kemudian kita fikirkan tarikh sesuai utk sepentaskan semua calon PM itu. 

15. Tapi kalau orang Pas jawab, hak kamilah tak mahu tentukan calon PM. Jawapan ini membuatkan ramai orang boleh "ter...".

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:39 pm 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pKqE3C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.